Bagaimana terima isteri pernah berzina sebelum kahwin


Oleh Rohidzir Rais

Soalan: Saya mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu atas dasar suka sama suka. Namun, baru-baru ini saya mengetahui sejarah silam isteri yang pernah melakukan perkara tidak baik dengan buah hatinya sebelum berkahwin dengan saya. Saya rasa ditipu. Bagaimana saya boleh menyelesaikan masalah ini, sedangkan sekarang isteri seorang yang baik malah tidak pernah curang.
Basri Salim, Paya Besar, Kuantan.
Jawapan:

Berzina adalah dosa yang dilakukan seorang hamba kepada Allah, bukan dosa antara manusia. Oleh itu, dalam bab jinayat, dosa ini dikategorikan dalam kesalahan jenayah hudud bukan qisas atau hukuman balas. Bererti apabila seorang melakukan zina, hanya Allah berhak mengampunkannya. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang mengampunkan dosa hamba-Nya yang bertaubat termasuk dosa zina. Firman Allah dalam surah az-Zumar, ayat ke-53 yang bermaksud: “Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Berdasarkan fakta ini, dosa isteri saudara adalah antara dia dan Allah, maka dia wajib bertaubat. Oleh kerana itu, tidak wajib bagi suami atau isteri yang pernah melakukan maksiat untuk berterus terang kepada pasangan masing-masing.
Cadangan sebahagian pakar motivasi agar berterus terang kepada pasangan adalah pandangan yang tidak berasaskan kepada agama Islam. Malah sekiranya dengan memberitahu peristiwa hitam kepada pasangan boleh menyebabkan perkahwinan mereka musnah, perbuatan itu adalah haram.
Dalam kes saudara, apa yang penting isteri sudah bertaubat dan menjadi Muslimah yang baik di bawah bimbingan dan asuhan saudara. Mungkin sekiranya dia tidak berkahwin dengan saudara, dia akan menjadi wanita yang tidak baik. Justeru, bersyukurlah kerana Allah memberikan seorang insan untuk saudara bimbing mengenal Allah dan syurga. Terima ini sebagai amanah dan takdir yang indah daripada Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: