Wanita dilarang lunak suara depan lelaki bukan mahram


Suara wanita tidak termasuk dalam kategori aurat dan boleh didengari oleh lelaki bukan mahram jika ada kepentingan seperti mengajar, memberi ucapan atau perbincangan. Islam tidak menghalang wanita menunjukkan kebolehan dalam bidang tertentu.

Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat wanita yang bertanya kepada baginda berkaitan hukum hakam dalam majlis ilmu yang dihadiri lelaki dan Rasulullah SAW tidak menghalang mereka menghadiri majlis berkenaan.
Isteri Rasulullah SAW, Aisyah menyampaikan hadis kepada sahabat dalam majlis ilmu selepas ketiadaan Baginda dan majlis itu dihadiri lelaki Muslim. Pada zaman sahabat, wanita juga berurusan dengan lelaki, meminta fatwa, bertanya serta bermesyuarat.

Ada garis panduan

Namun, Islam menetapkan garis panduan hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram supaya tidak melampau. Suara wanita akan menjadi haram jika sengaja dilunakkan, menggoda serta mendesah hingga menimbulkan keghairahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja semasa bercakap dengan lelaki asing kerana yang demikian akan menimbulkan keinginan orang yang mempunyai niat buruk kepada kamu dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang sesuai dan sopan.” (Surah al-Ahzab, ayat 32)

Justeru, wanita tidak sepatutnya melakukan perkara atau berucap yang dapat mendatangkan keghairahan kepada lelaki. Islam melindungi wanita daripada dijadikan pemuas nafsu serta menghalang mereka daripada menjadi mangsa jenayah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: