Hukum terima ganjaran daripada sumber haram


APAKAH dosa menerima ganjaran, sama ada dalam bentuk wang tunai, barangan berharga, percutian ke destinasi peranginan mewah, hamper dan pelbagai tawaran daripada pemberi hutang untuk memberi maklumat pemiutang. Adakah ganjaran tersebut haram sebab pemberi hutang memberi habuan yang kita tahu sumbernya adalah haram?

Jawapan

Pemiutang ialah orang atau pihak yang memberikan hutang, manakala penghutang ialah orang yang berhutang. Pemberi hutang ialah orang yang memberi wang kepada orang lain atas kontrak hutang. Maka penghutang perlu membayar semula jumlah hutang pada masa yang telah dipersetujui.

Dalam isu ini, seolah-olah wujud keadaan di mana penghutang melarikan diri untuk tidak mahu membayar hutangnya. Ini memaksa pemberi hutang mencari maklumat penghutang dengan orang lain. Sikap melarikan diri ini merupakan satu sikap tercela dan sikap munafik.

Ini kerana antara sifat munafik ialah tidak menunaikan janji yang telah dipersetujui. Bagi tujuan mengesan di mana penghutang berada, pemberi hutang meminta bantuan kita. Mungkin kerana kita rakan sekerja, jiran dan sebagainya. Adalah tidak salah untuk kita membantu pemberi hutang kerana pemberi hutang telah dizalimi ketika ini.

Namun begitu, jika kita bimbang keselamatan nyawa penghutang, maka sewajarnya kita tidak bekerjasama dengan pemberi hutang. Contohnya samseng dan sebagainya.

Berkenaan dengan ganjaran yang kita ketahui sumbernya tidak halal, seeloknya kita elakkan daripada menerima hadiah tersebut. Perlu diakui bahawa perubahan status sifat wang dan hadiah daripada sifat haram kepada sifat halal boleh berlaku. Ini kerana keharaman wang tersebut bukanlah dengan haramnya zat tetapi dengan haram sifat.

Pemberi hutang, contohnya seorang yang mendapat hasil wangnya dengan aktiviti riba, judi dan peras ugut. Maka sifat wangnya adalah haram. Namun dengan pemberian wang, maka wang tersebut diterima dengan cara yang halal. Ini kerana pemberian adalah harus dan halal.

Walaupun begitu, jika kita ingin kebaikan kepada harta yang kita terima, sewajarnya kita mengelak diri daripada menerima wang daripada sumber yang haram. Ditambah pula dengan keadaan yang mungkin memudaratkan penghutang hasil maklumat yang kita berikan. Kemungkinan penghutang dibunuh, dicederakan dan sebagainya. Maka kita mendapat habuan atas penderitaan orang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: