Wanita dalam idah masih isteri sah


ISTERI apabila telah diceraikan suaminya dengan talak satu atau dua, bukanlah lesen baginya untuk sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara di luar batasan dan bertentangan dengan agama Islam.

Aturan dalam Islam sememangnya cukup sempurna dalam semua aspek kehidupan, sehinggakan seorang isteri yang baru diceraikan suami atau dalam tempoh idah mempunyai adab dan sopannya tersendiri.

Tempoh beridah atau didefinisikan sebagai tempoh bertenang selama tiga bulan atau tiga kali suci daripada haid sebaik selepas dijatuhkan talak oleh suami, perlulah difahami oleh wanita tersebut dengan sebaiknya bagi menjaga maruah dan kesucian dirinya.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Mohd. Nidzam Abdul Kadir berkata, tempoh beridah tidak boleh diambil mudah oleh sebahagian wanita untuk melakukan perkara yang bertentangan kerana mereka masih berstatus isteri yang sah.

Katanya, sepanjang tempoh beridah, wanita tidak dibenarkan meninggalkan rumah tanpa tujuan kerana wanita tersebut masih berstatus isteri sah kepada suaminya.

Suami juga tidak boleh menghalau atau membenarkan isterinya keluar dari rumah selagi tempoh idah belum berakhir.

Tempat tinggal bagi wanita yang beridah adalah di rumah suaminya sendiri dan dia tidak boleh keluar tanpa keizinan daripada suaminya.

“Saranan tinggal sekali dalam tempoh tersebut berikutan Islam memberi peluang kepada pasangan untuk muhasabah kesalahan diri masing-masing dan memikirkan kembali sama ada untuk meneruskan hubungan itu.

“Tambahan pula jika perkahwinan tersebut dikurniakan cahaya mata, ditakuti perceraian akan memberi kesan terhadap masa depan mereka kelak,” jelas Mohd. Nidzam.

Menurutnya, dengan status isteri yang masih sah di sisi agama, wanita tersebut perlu menjaga batas-batas sebagai isteri dan muslimah yang telah ditetapkan dalam Islam.

Mereka perlu menjaga maruah dan adab sopan sebagai isteri yang telah digariskan dalam Islam. Sepanjang tempoh itu pergaulan dengan bukan muhrim juga perlu ada batasan dan had-had yang telah ditetapkan.

“Lafaz talak bukan lesen atau ruang untuk mereka serta-merta bergaul mesra dengan lelaki lain tanpa ada batasan.

“Sama ada wanita tersebut sudah berkahwin atau tidak peraturannya tetap sama iaitu haram bagi wanita muslim untuk bergaul mesra dan bersentuhan anggota badan dengan mana-mana lelaki yang mahram baginya tanpa ada tujuan.

“ Jika keadaan ini berlaku kepada wanita yang masih dalam idah, dia bukan sahaja bersalah kerana keluar rumah tanpa keizinan, malah berdosa kerana melakukan perkara keji dan maksiat,” katanya.

Mohd. Nidzam berkata, wanita yang melampaui batasan dari segi pergaulan dan melakukan tingkah laku yang tidak elok dalam tempoh beridah, bukan sahaja memberi kesan negatif terhadap maruahnya malah sebahagian masyarakat sekeliling akan memandang serong kepadanya.

“Apabila wanita masih dalam beridah, tetapi dalam masa yang sama melakukan perkara keji di sisi agama, perilaku itu akan menimbulkan andaian negatif dalam kalangan masyarakat yang prihatin dan mempunyai kefahaman tentang agama.

“Mereka dalam tempoh beridah juga perlu mematuhi beberapa adab yang telah ditetapkan dalam Islam seperti tidak menerima pinangan dan berkahwin lain bertujuan memelihara nasab serta keturanan.

“Kewajipan beridah bagi setiap wanita telah disyariatkan oleh agama bagi memelihara air mani suami supaya tidak bercampur dengan air mani lelaki lain demi menjaga nasab dan keturunannya.

“Setelah tempoh idah berakhir, maka harus bagi sesiapa sahaja untuk mengahwini wanita tersebut,” katanya.

Beliau turut mengakui beberapa kesalahan yang berlaku kepada sebahagian wanita dalam tempoh beridah pada hari ini berikutan kurangnya kefahaman dan kesedaran tentang hukum idah dalam Islam.

Mereka juga sudah terikut dengan gaya hidup orang-orang ternama selain kurang prihatin masyarakat untuk menegur apabila berhadapan dengan perkara seperti ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: