Bertindak tegas terhadap anti-hadis


KERAJAAN dan ahli politik mesti mengecam ajaran sesat yang menolak keperluan kepada hadis, menolak kesahihan hadis sekali gus menolak Nabi Muhammad SAW sebagai pentafsir ayat-ayat mujmal dan ringkas dalam al-Quran.

Menolak hadis bererti menolak al-Quran kerana Allah memerintahkan Nabi menjelaskan al-Quran kepada manusia. Penjelasan Nabi datang dalam bentuk hadis dan sunahnya. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 44 dan 64 yang bermaksud; “Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”

Juga firman Allah bermaksud; “Keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan. (An-Nahl: 64).

Nabi menjadi ikutan

Al-Quran mengarahkan kita menuruti Nabi dan mengambilnya sebagai ikutan sebagaimana disebut oleh Allah di dalam Surah Al-Ahzab ayat ke-21 bermaksud; “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak berzikir kepada Allah. ( Al-ahzab : 21)

Tiba-tiba golongan anti-hadis di Malaysia berkata hadis patut ditolak, sedangkan tanpa hadis Nabi dan perincian kehidupannya tiada siapa mampu mengambilnya sebagai ikutan.

Mentaati Rasul

Allah turut mewajibkan kita mentaati Rasul-Nya, sebagaimana termaktub arahan ini di dalam al-Quran, contohnya ayat Surah Al-Nisa 13 yang bermaksud; “(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.”

Mentaati Rasul bererti hadis Rasulullah sampai kepada manusia bagi cabaran manusia yang beriman untuk mentaatinya dan ia adalah termasuk dalam erti mentaati Allah.

Sesiapa yang meragui kewujudan hadis, lambat laun tentunya akan meragui al-Quran kerana al-Quran disampaikan oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.

Melalui kaedah dan metod yang hampir sama juga pelbagai hadis sampai kepada kita melalui hafazan para sahabat dan penulisan kemudiannya dan diturunkan daripada generasi kepada generasi.

Demikian juga hadis, bezanya hanyalah jumlah yang meriwayatkan hadis tidak seramai al-Quran.

Namun apabila Allah berjanji menjaga al-Quran daripada penyelewengan sebagaimana disebut dalam Surah al-Hijr ayat ke-9, maka mesti pula Allah menjaga penjelas kepada maksud al-Quran iaitu Rasulullah dan hadis-hadisnya.

Hasil daripada itu, jika kerajaan bersungguh-sungguh mengambil tindakan terhadap Syiah, kumpulan anti-hadis ini adalah sama menyeleweng dan berbahaya.

Syiah ada negara seperti Iran dan kita bertegas mengambil tindakan, namun kumpulan sesat anti-hadis langsung tiada negara hatta daerah di dunia ini yang menyokongnya, tetapi tidak pula diambil tindakan tegas.

Maka wajiblah pihak berkuasa agama dan ahli politik mengambil tindakan dan bukan diberi muka kepada pihak anti-hadis. Ini sesuatu yang sangat mengaibkan Malaysia.

Semoga umat Islam terpelihara daripada doktrin sesat anti-hadis yang dibawa oleh Kassim Ahmad dan pengikutnya. Inilah antara punca yang menjadikan umat Islam semakin lemah dan mudah terjejas pegangannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: