Imam Mahdi Penyelamat akhir zaman


PENYELAMAT pada akhir zaman disebut Imam Mahdi. Istilah “al-Mahdi” berasal daripada kata kerja hada-yahdi yang bermaksud ‘membimbing’ atau ‘memberikan petunjuk.’

Keyakinan akan datangnya Imam Mahdi begitu menebal, baik dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah mahupun dalam kalangan Syiah. Keyakinan ini berkembang kerana memang ada hadis yang menyebut hal tersebut.

Walau bagaimanapun, para ulama berbeza pendapat tentang Imam Mahdi itu sendiri. Sejak abad pertama Hijrah, banyak yang mengaku diri mereka sebagai Imam Mahdi. Hal ini bermula daripada keyakinan bahawa Imam Mahdi itu bukan hanya berasal daripada keturunan Fatimah al-Zahra (puteri Nabi Muhammad SAW), tetapi yang jelas seorang Islam.

Berita hadis

Ada hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bahawa Imam Mahdi akan datang pada akhir zaman. Para ulama pada umumnya bersepakat bahawa hadis itu bersifat mutawatir (hadis yang diriwayatkan oleh banyak pihak sehingga dipastikan hadis tersebut benar-benar berasal daripada Nabi Muhammad SAW).

Misalnya, hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud: “Dunia akan dipimpin oleh seseorang daripada keluargaku. Namanya sama dengan namaku. Seandainya dunia ini hanya tinggal sehari sahaja, maka Allah akan panjangkan hari itu sehingga dia akan memimpinnya.”

Hadis lain diriwayatkan oleh at-Tirmidzi yang bermaksud: “Al-Mahdi berasal daripada keturunanku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan keseramataan sebagaimana yang telah dipenuhi oleh kezaliman dan ketidakadilan dan dia akan berkuasa selama tujuh tahun.”

Ditunggu dengan doa

Menurut kepercayaan Syiah Ithna Asyariah, Muhammad al-Muntazar ialah Imam Mahdi yang dijanjikan akan muncul pada akhir zaman. Kumpulan ini ternanti-nanti kedatangan Imam Mahdi.

Oleh itu, dalam doa mereka selalu menyelitkan harapan agar Allah SWT segera mendatangkan Imam Mahdi ke dunia. Nama Imam Mahdi juga disebut seiring dengan doa. Doa yang lazim diucapkan oleh kumpulan ini berbunyi: “Allahumma ‘ajjil farajahu al-syarif” (Ya Allah segerakanlah kemunculan Imam Mahdi yang mulia) atau “ ‘ajjalallah Ta’ala farajahu” (Semoga Allah menyegerakan kemunculannya).

Oleh itu, dalam keadaan ghaib tugas kepimpinannya diwakilkan kepada ulama yang memenuhi syarat yang disebut sebagai na ‘ib al-imam.

Syiah

Golongan Syiah berpendapat bahawa Imam Mahdi berasal daripada keturunan Fatimah al-Zahra atau ahl al-bait dan merupakan salah seorang daripada imam ahl al-bait. Namun, mereka berbeza pendapat dalam menentukan siapakah imam-imam yang dipercayai sebagai Imam Mahdi.

Bagi golongan Syiah Islamiyah (Syiah Tujuh Imam), Imam Mahdi ialah Ismail bin Jaafar al-Sidiq. Bagi golongan Syiah Kaisaniyah, yang dimaksudkan dengan Imam Mahdi ialah Muhammad bin Hanafiah, putera Ali bin Abu Talib. Sementara itu, Syiah Ithna Asyariyah (Syiah Dua Belas) menganggap bahawa Muhammad al-Muntazar bin Hasan al-Askari, imam yang ke-12, sebagai Imam Mahdi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: