Bacaan kuat ganggu makmum


KEKADANG apabila kita menunaikan solat secara berjemaah, ada antara jemaah bersebelahan kita yang membaca dengan suara yang agak kuat pada setiap pergerakan solat, lebih-lebih lagi ketika membaca surah al-Fatihah dan surah Lazim. Situasi ini mengganggu terutamanya bagi orang yang di sebelah. Minta tolong jelaskan kedudukan solat orang yang membaca dengan kuat itu. Bagaimana untuk kita menegur si pulan itu secara berhikmah?

Jawapan:

Solat berjemaah merupakan satu tuntutan dalam Islam. Secara asas, pahala solat berjemaah lebih banyak daripada solat sendirian dengan 27 ganjaran sebagaimana sabit dalam hadis.

Namun, begitu wujud sikap yang mungkin menjadi kebiasaan segelintir masyarakat untuk membaca dengan suara yang kuat. Bacaan yang kuat hingga mengganggu orang lain yang sedang bersolat adalah tidak wajar. Dalam hadis riwayat al-Tirmizi daripada ‘Ubadah ibnu Somit menceritakan bahawa Nabi SAW bersolat Subuh. Ketika itu bacaan menjadi berat ke atas Nabi SAW. Apabila baginda selesai menjadi imam solat tersebut, Nabi SAW bertanya adakah para sahabat membaca surah ketika mereka menjadi makmum di belakang imam mereka.

Para sahabat menjawab: “Ya”. Maka Nabi SAW menyuruh mereka agar tidak lagi membaca apa-apa surah ketika di belakang imam dalam solat melainkan dengan surah al-Fatihah sahaja. Hadis ini menjadi hujah bagi para ulama yang menyatakan bahawa surah al-Fatihah adalah wajib dibaca dan ia rukun solat.

Namun saya ingin menarik perhatian terhadap isu bacaan yang kuat. Bacaan yang kuat daripada para makmum mengganggu solat dan tumpuan imam solat. Perkara ini tidak dibenarkan oleh Nabi SAW. Mengambil semangat tersebut, adalah tidak wajar jika bacaan seseorang terlampau kuat hingga mengganggu jemaah yang berada di sebelahnya.

Maksud bacaan bukanlah mendengarkan orang yang berada di sebelah kita. Terdapat salah faham bahawa bacaan mestilah didengari oleh orang lain. Jika tidak didengari maka bacaan tidak sah. Maka mereka berlumba menguatkan suara. Sebaliknya maksud bacaan ialah sekadar untuk mendengarkan diri kita sendiri. Kadar ini sudah memadai dan mencukupi untuk dikira sebagai bacaan.

Bagi tujuan menegur, seeloknya ia dilakukan dengan baik dan bersopan. Kesilapan menyaringkan bacaan bukanlah satu dosa yang besar. Mungkin seseorang itu ada masalah pendengaran hingga menguatkan bacaan lebih daripada kebiasaan. Mungkin kerana was-was takut solat tidak sah jika bacaannya tidak kuat. Maka jemaah yang ingin menegur perlu menilai banyak aspek sebelum menegur.

Seeloknya juga perkara ini diajukan kepada guru agama yang mengajar agar dapat diperbetulkan semasa sesi kuliah agama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: