Wanita ziarah kubur perlu kawal emosi


Bersama Zahazan Mohamed

Saya masih keliru berkenaan ziarah kubur bagi wanita, adakah Islam membenarkan atau tidak kerana saya pernah mendengar hadis melarang wanita menziarah kubur. Saya mohon penerangan ustaz dan harap disertakan dalil.

Intan,
Kuala Terengganu.

Hadis yang umum dijadikan dasar bolehnya menziarah kubur adalah hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad dan Ashabus Sunan. Rasulullah SAW bersabda: “Dulu aku melarang kamu berziarah kubur, maka sekarang lakukanlah hal itu.” (Riwayat Muslim, Ahmad dan Ashabus Sunan)

Hadis ini membolehkan wanita menziarah kubur. Menurut ulama Ushul, perintah yang jatuh selepas larangan menunjukkan mubah (boleh). Jadi dari sini tidak diharamkan ziarah kubur termasuk bagi wanita.

Namun, ada hadis Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT melaknat wanita tukang ziarah kubur.”

Dilaknat kerana tak sabar
Laknat terhadap wanita tukang ziarah kubur dalam hadis ini, dimungkinkan kerana melihat sifat wanita yang tidak sabar dan banyak keluh kesah. Boleh jadi ketika di perkuburan wanita menangis menjerit-jerit atau meratap sehingga tidak mampu mengawal emosinya.

Sebahagian ulama mentakwilkan hadis bahawa wanita ziarah kubur yang dilaknat adalah memperbanyak ziarah kubur. Ibaratnya tiada hari tanpa ziarah kubur. Wanita yang sering ziarah kubur dilaknat kerana mensia-siakan waktu melayan suami.

Jika wanita menziarah kubur mampu menjaga diri, sabar, tidak meratap, atau tidak tabarruj, mendapat restu suami, ziarah kubur tidak menjadi masalah baginya. Apalagi ziarah kubur boleh mengingatkan kepada akhirat atau kematian bagi manusia secara umum, baik lelaki mahupun wanita.

Boleh wanita ziarah kubur dengan ketentuan itu berdasarkan riwayat Muslim.
Rasulullah SAW diperintahkan oleh malaikat Jibril mendatangi makam Baqi’ untuk memintakan ampunan bagi penghuninya. Waktu itu Aisyah bertanya: “Kalau boleh ke maqam Baqi,’ apa yang boleh saya baca?” Lalu Baginda mengajarkan kepada isterinya doa masuk kubur.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim seperti disebutkan oleh Imam Nawawi di Riyadhus Solihin. Disebutkan seorang wanita berada di kubur menangisi kematian anaknya. Tindakan wanita itu tidak dilarang oleh Rasulullah SAW.

Tak boleh meratap

Hukum menziarah kubur bagi kaum wanita boleh asalkan tidak meratap, boleh mengawal emosi dan tidak tabarruj. Sementara ziarah ke makam Rasulullah SAW perkara sunnah. Kehidupan dunia sekarang sangat individualistik, lebih cinta pada dunia, maka sangat elok untuk kita ziarah kubur supaya dapat menundukkan dan meleburkan keangkuhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: