Penggunaan telekung dalam solat


SOALAN:
SUDAH beberapa kali saya melihat wanita yang menunaikan solat tanpa memakai telekung. Bila ditanya kepada segelintir wanita, mereka mengatakan tidak wajib memakai telekung kerana yang wajib hanya menutup aurat. Ini menimbulkan kekeliruan, apa lagi ramai dalam kalangan muslimah yang memilih memakai telekung. Apakah dibolehkan bersolat tanpa bertelekung?

JAWAPAN

Menutup aurat adalah salah satu syarat sah solat. Aurat dalam solat ialah bahagian tubuh yang wajib ditutup ketika bersolat. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan apa yang ditegaskan Allah SWT di dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).

Ibnu Abbas mentafsirkan perkataan zi-na-ta-kum sebagai pakaian yang wajib dipakai ketika bersolat. Kajian ahli fikah menggariskan aurat wanita ketika bersolat ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua pergelangan tangan. Ketetapan ini bersumberkan beberapa hadis Rasulullah SAW.

Oleh itu. wanita yang menutup auratnya ketika solat, maka sah solatnya. Pakaian apa yang dipakainya untuk memenuhi syarat ini tidak diambil kira. Apabila seorang wanita memakai jubah atau baju kurung atau seluar yang memang menutup aurat dan memakai stoking atau kainnya labuh hingga menutup kaki, solatnya sah.

Penggunaan telekung hanya terkenal dalam kalangan muslimah Nusantara dan tidak digunakan di negara-negara lain. Ia bukan satu kewajipan. Sudah tentu sukar untuk sentiasa membawa telekung, terutama ketika bermusafir atau bekerja.

Oleh itu, memadai bersolat dengan pakaian yang dipakainya dengan syarat pakaian tersebut menutup aurat dan bersih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: