Buat korban untuk anak yang belum baligh


Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,

Soalan;
Boleh atau tidak ibu bapa membuat ibadah qurban untuk anak yang belum baligh. Ada terbaca syarat untuk korban hendaklah mencapai akil baligh dan berakal.

Jawapan;

Menurut mazhab Syafie; wali (penjaga – iaitu bapa atau datuknya {al-mausu’ah}) dibolehkan untuk melakukan korban bagi anak jagaannya yang masih kecil (belum baligh), dengan syarat binatang korban datang daripada hartanya (yakni dibeli dengan wangnya, bukan wang si anak). Dia seolah-olah menghadiahkan binatang itu kepada si anak, kemudian melakukan korban bagi pihaknya, maka untuknya pahala hadiah dan untuk si anak pula pahala korban. Adapun melakukan korban dengan mengambil dari harta si anak, tidak dibolehkan.

Secara umum, hukum melakukan ibadah korban untuk orang lain – menurut mazhab Syafiie- adalah seperti berikut;

1. Melakukan korban untuk orang yang telah meninggal; terdapat khilaf dalam kalangan ulama dalam mazhab Syafiie sendiri. Sebahagian ulama berpendapat; dibolehkan kerana ia sebahagian daripada sedekah dan telah ijmak para ulama bahawa sedekah bagi pihak si mati adalah sah, berguna untuknya dan sampai pahala kepadanya. Sebahagian ulama berpendapat; berkorban untuk si mati hanya sah jika dengan pesanan/wasiat darinya. Jika tanpa pesanan/wasiatnya, tidak sah korban untuknya.

2. Melakukan korban untuk orang yang masih hidup yang telah baligh (termasuk anak); tidak sah korban untuknya melainkan dengan keizinannya.

3. Melakukan korban untuk anak yang belum baligh; hukumnya seperti di atas tadi.

4. Melakukan korban untuk diri sendiri, tetapi menyertakan orang lain dalam pahalanya (yakni meniatkan pahalanya untuk orang lain sama), juga dibolehkan.

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: