Archive for 25 September 2013

Mengambil wuduk sambil mandi shower

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil ,

Soalan;
Saya mandi shower, sambil mandi itu saya terus ambil wuduk. Adakah sah wuduk saya?

Jawapan;
Sah ambil wuduk bersama mandi itu jika diratakan air ke seluruh anggota wuduk dengan niat wuduk dan mengikut tertib, iaitu bermula dengan membasuh muka, diikuti tangan ke siku dan seterusnya. Namun mengambil wuduk sebegitu makruh hukumnya kerana menyebabkan penggunaan air yang banyak (pembaziran).

Abdullah bin ‘Amru RA menceritakan; “Rasulullah SAW telah terserempak dengan Saad RA yang sedang mengambil wuduk (dengan menggunakan air yang banyak). Lantas baginda menegurnya; ‘Pembaziran apakah ini wahai Sa’ad?’. Sa’ad menjawab; ‘Apakah dalam mengambil wuduk juga dikira pembaziran?’. Rasulullah menjawab; ‘Ya! Sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir’.” (Musnad Imam Ahmad; 7065. Sunan Ibnu Majah; 425. Status hadis; dhaif).

http://ilmudanulamak.blogspot.com