Kenapa batal pengharaman “Allah, Kebebasan dan Cinta.”


Dr Fatimah Zaharah Rosli,

Latarbelakang

Keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat pada tarikh 5hb September 2013 oleh Hakim Datuk Zaleha Yusuf bagi membatalkan pengharaman terhadap terjemahan buku Irsyad Manji “Allah, Liberty and Love” baru-baru ini amatlah dikesali.

Keputusan itu dibuat setelah pengharaman kepada buku terjemahan berbahasa Melayu yang telah berkuatkuasa pada bulan Mei 2012, dan ZI Publications memohon semakan kehakiman atas pengharaman tersebut.

Alasan yang diberikan terhadap pembatalan merupakan buku asli yang berbahasa Inggeris telah berada di pasaran selama setahun sebelum itu, sejak 2011, dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penganut agama Islam. Beliau juga mempersoalkan keputusan pengharaman buku tersebut oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya setelah keluar versi Bahasa Melayu.

Keputusan pengharaman oleh KDN yang diambil atas nasihat JAKIM selepas penerbitan dan pengedaran buku Bahasa Melayu oleh ZI Publications mengambil kira Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional dan merupakan lidah rasmi penganut agama Islam di Malaysia. Edaran buku Bahasa Inggeris yang pada asalnya hanya mencapai sebahagian kecil masyarakat Malaysia akan dapat diperluaskan sekiranya edisi Bahasa Melayu disebarkan dengan mudah dan berleluasa.

Penilitian JAKIM berhubung dengan isu ini merupakan suatu yang perlu dihormati oleh masyarakat Malaysia sebagai sebuah badan yang mempunyai autoriti untuk membuat keputusan berkaitan hal-ehwal agama Islam.

Kaedah Feqah Kuliyyah yang ke-22  “Menutup pintu-pintu kerosakan.”

Dalam kes ini, pengharaman buku tersebut dapat membanteras daripada menularnya pemikiran Islam Liberal yang banyak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar dan menimbulkan banyak kontroversi kepada masyarakat. Pemikiran Islam Liberal yang menekan konsep berijtihad tanpa ilmu dan kajian dan mengikut pendapat logika akal semata-mata, menolak konsep balasan syurga dan neraka dan menganggap Islam dan semua agama lain sama dalam erti kata mengajak kepada kebaikan adalah jauh terpesong daripada asas dan fundamental agama ini.

Walaupun diakui, di zaman teknologi maklumat ini, apa sahaja jenis buku dan bahan bacaan boleh didapati dengan mudah melalui internet, namun kawalan dalaman adalah perlu sebagai sebahagian daripada usaha kita untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling hormat-menghormati.

Pada hakikatnya penulis Irsyad Manji menyampaikan gambaran agama Islam sepertimana yang beliau fahami dan lalui sepanjang hayat beliau dalam konteks yang sangat sempit  tanpa mengambil kira kesyumulan islam itu sendiri. Perjuangan beliau menegakkan kasih-sayang dan mempromosikan sikap saling memaafkan hanyalah retorika yang ditulis dan disampaikan dalam bentuk yang cantik.

Mendokong Zionis
Hakikatnya beliau mendokong perjuangan zionis di tanah jajahan Israel yang langsung tidak menunjukkan belas ihsan mahupun kasih-sayang terhadap orang Arab Palestin dan terus-menerus mengintimidasi mereka saban hari dan waktu.

Latar belakang penulis yang pro zionis serta memperjuangkan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender,) pluralisma agama, ideologi yang hampir sama dengan  Salman Rushdie dan pejuang-pejuang liberalis yang seangkatan boleh membawa kepada beberapa impak negatif seperti :
1.Kedangkalan orang bukan islam dalam memahami Islam sebenar kerana dikaburkan oleh penulisan Irsyad Manji. Hal ini boleh menjejaskan keharmonian masyarakat yang terbina atas dasar hormat-menghormati antara penganut agama lain dan penganut agama Islam.

2.Kegagalan orang Islam mahupun orang bukan Islam dalam memahami maksud agama wahyu yang Allah turunkan untuk memartabatkan umat manusia dan mengangkat mereka menjadi hamba Allah dan bukan hamba manusia dan hamba nafsu semata-mata.

3.Menularnya budaya seks songsang luar tabie kerana menganggap ia sesuatu yang sepatutnya boleh diterima oleh agama dan masyarakat sedangkan budaya ini tidak membawa kepada produktiviti malah membawa kepada kebejatan social dikalangan masyarakat.

4.Kesukaran masyarakat memahami Islam sebenar yang merupakan rahmatan lil alamin.

5.Menularnya budaya ijtihad tanpa ilmu dalam kalangan penganut agama Islam yang gagal memahami konteks ijtihad yang sebenar-benarnya menurut Islam.

6.Mengelirukan masyarakat terhadap nilai-nilai moral yang sudah sebati dengan mengatakan bahawa hukuman terhadap pesalah seolah-olah satu kesalahan sedangkan ia merupakan langkah untuk memelihara masyarakat umum daripada masalah sosial dan moral yang lebih tenat.

Wanita ISMA ingin menggesa agar Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kes ini supaya buku tersebut tidak terus diedarkan.

Buat ZI Publications pula, dinasihatkan agar menerbitkan buku-buku terjemahan tentang Islam dan Cinta hasil penulisan Abdullah Nasih Ulwan, Aidh Al-Qarni dan ramai lagi penulis yang dapat menyampaikan gambaran yang lebih tepat tentang Islam itu sendiri berdasarkan al-Quran dan Hadis, bukan hanya pandangan sendiri semata-mata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: