Solat dua jemaah dalam satu masjid


Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,

Soalan;
Di surau tempat saya ada dua kumpulan. Semasa solat subuh satu kumpulan solat berimam awal dan satu kumpulan lagi datang lewat dan semasa kumpulan pertama masih lagi solat berjemaah dalam rakaat kedua kumpulan kedua tidak ikut serta berjemaah tapi mereka solat sunat dan kemudian berjemaah bagi kumpulan mereka. Apakah hukumnya? Untuk pengetahuan ustaz kumpulan satu menunggu selama 15 minit, dan kerana  kumpulan dua ini mereka terlambat, mereka tidak sempat solat sunat sebelum Subuh. Katanya rugi tertinggal sunat tersebut. Bolehkah ustaz jelaskan apakah hukumnya?

Jawapan;

Ada beberapa kesalahan dilakukan oleh kumpulan tersebut;

1. Menyebabkan berlakunya dua jamaah dalam satu masjid secara disengajakan. Hal ini bertentangan dengan sunnah Nabi SAW (iaitu hanya satu jemaah sahaja yang pernah dilakukan oleh Nabi SAW dalam masjidnya, begitu juga yang menjadi amalan para sahabat selepas baginda) di samping memecahbelahkan kaum muslimin dalam rumah Allah.

2. Melakukan solat sunat sedang solat fardhu telah didirikan; perbuatan ini bercanggah dengan arahan Nabi SAW; “Apabila telah diiqamahkan, tidak ada solat melainkan solat fardhu.” (Soheh Muslim; 710/63, dari Abu Hurairah RA).

Berkata ulama –berdalilkan hadis ini – jika kita sedang melakukan solat sunat dalam masjid, tiba-tiba terdengar laungan iqamah, hendaklah kita segera menyudahkan solat sunat kita jika kita telah berada dalam rakaat kedua. Adapun jika baru berada dalam rakaat pertama, hendaklah kita menamatkan solat sunat itu dan segera mengikuti imam mengerjakan solat fardhu, kerana jika kita meneruskan solat sunat tersebut akan menyebabkan kita akan terlepas solat berjemaah dengan imam dari awal (kerana lagi awal kita dapat mengikut imam, lagi afdhal).

3. Jika kita tiba di masjid ketika imam telah berada di hujung solat; mana yang terbaik; antara terus bertakbir dan masuk dalam jemaah sedia ada, atau kita menunggu imam memberi salam dan mengadakan jemaah yang baru bersama orang-orang lain yang baru tiba bersama kita (jika ada)? Menurut ulama; yang terbaik ialah terus bertakbir untuk masuk ke dalam jemaah sedia ada, berdalilkan sabda Nabi SAW; “Apabila kamu datang kepada solat berjemaah, janganlah datang dengan tergesa-gesa, akan tetapi berjalanlah dengan tenang. Apa-apa yang kamu sempat, sembahyanglah (bersama imam). Apa-apa yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah (sendirian)”. Arahan Nabi SAW; “Apa-apa yang kamu sempat, sembahyanglah (bersama imam)” adalah umum, yakni merangkumi juga keadaan di atas. Maka jika kita menunggu imam sedia memberi salam untuk kita melakukan jemaah yang baru, kita telah menyalahi arahan Nabi SAW supaya mengikuti imam yang sedia ada pada rakaat yang sempat dan menyempurnakan secara sendirian bagi rakaat yang ketinggalan. (Fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid, 31029).

4. Menyedari perkara di atas, tidak harus kita beralasan “rugi tertinggal sunat” untuk kita meninggalkan solat berjamaah sedia ada bagi melakukan solat sunat kerana perbuatan tersebut bercanggah dengan arahan Nabi SAW. Lagipun solat sunat yang tertinggal itu boleh diqadha pada masa lain jika benar kita rasa rugi meninggalkannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: