Hukum melabuhkan sarung hingga melebihi mata kaki


Saya ada dua soalan. Apakah hukum orang yang memakai seluar panjang melebihi mata kaki sebab saya dengar orang kata masuk neraka. Mohon ustaz kemukakan hadisnya. Kedua, apakah hukum seorang lelaki menyimpan rambut panjang?

Sulaiman,
Johor.

Kitab hadis banyak mengemukakan tatacara dan sopan santun berpakaian. Antara lain terdapat larangan menjulurkan pakaian hingga menutup mata kaki. Imam Malik dan Abu Daud meriwayatkan bahawa sarung seorang Mukmin hendaklah sampai ke pertengahan lutut dan tidak ada dosa bagi orang yang bersarung sehingga menutupi antara betis dan mata kakinya, sedangkan yang menutup di bawah itu, maka dia akan masuk dalam neraka.

Riwayat lain oleh Imam at-Tirmizi dan an-Nasa’i yang menyatakan, sahabat Nabi, Huzaifah menceritakan, Nabi SAW memegang betisnya dan bersabda: “Inilah tempat (batas akhir sarung). Kalau anda enggan dan mahu menjulurkannya lagi, maka sedikit di bawah lagi. Dan kalau masih enggan, maka tidak ada hak bagi sarung itu menutup mata kaki.”

Adakah dengan demikian setiap orang yang memakai sarung atau seluar hingga menutup mata kaki akan dimasukkan Allah ke dalam neraka? Jawabnya dapat disemak dalam hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan an-Nasa’i yang menyatakan: “Sahabat Nabi, Ibnu Umar berkata: Nabi SAW bersabda: Siapa yang menjulur pakaiannya kerana keangkuhan, Allah tidak akan memandangnya (dengan pandangan kasih sayang) di hari kemudian. Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya pakaianku selalu terjulur ke bawah kecuali kalau saya memerhatikannya. Nabi menjawab: Engkau bukan orang yang melakukan itu kerana keangkuhan.”

Sifat angkuh
Atas dasar ini, ulama bersepakat bahawa ancaman itu hanya ditujukan kepada mereka yang menjulur pakaiannya kerana keangkuhan. Ada hadis mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga siapa dalam jiwanya keangkuhan walaupun sebesar zarah. Lalu ada yang bertanya: Wahai Nabi (bagaimana dengan) seseorang yang suka bila pakaian indah, alas kakinya indah? Nabi menjawab: Allah indah, suka pada keindahan (yang demikian bukan keangkuhan). Keangkuhan adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (Riwayat Muslim, Abu Sawyd dan at-Tirmizi melalui sahabat Nabi, Ibnu Mas’ud.

Bagi soalan kedua, terlebih dulu anda perlu ketahui bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memelihara rambut baginda serta membiarkannya tumbuh sampai ke hujung telinga. Tetapi ini tidak bererti agama menggalakkan yang demikian kerana apa dilakukan Nabi SAW merujuk kepada budaya masyarakat ketika itu.

Wajar rapikan rambut

Al-Quran memerintahkan umat Islam supaya melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Makruf adalah sesuatu yang dianggap baik oleh masyarakat selama tidak bertentangan dengan nilai agama.

Rasul SAW memerintahkan: “Siapa yang memiliki rambut, hendaklah ia merapikannya dan menyikatnya.” Pemeliharaan ini tentunya hendaklah disesuaikan dengan perkembangan dan budaya setempat.

Jika itu ketentuan agama berkaitan rambut, maka banyak ulama yang kemudian mengaitkannya dengan selera, adat dan budaya masyarakat. Ada juga ulama berpendapat mengikuti Nabi Muhammad SAW dalam perkara yang tidak berkaitan dengan agama boleh memperoleh ganjaran daripada Allah SWT tetapi ganjaran itu kerana niat meneladani Nabi SAW.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: