HUKUM KERJAKAN HAJI DENGAN BERHUTANG



Soalan Kesembilan : Adakah seseorang itu dibenarkan  mengerjakan haji jika dia ke Makkah dengan cara berhutang tetapi merasa yakin bahawa dia mampu menjelaskannya selepas pulang nanti?

Jika seseorang muslim itu merasa yakin bahawa dia mempunyai kemampuan untuk menjelaskan hutang yang digunakan sepanjang mengerjakan haji maka ia diharuskan berhutang tetapi dengan syarat dia menulis segala hutang dan mempunyai saksi agar segala hutang itu dapat dijelaskan nanti dengan penuh amanah.

Soalan Kesepuluh : Seseorang itu mahu mengerjakan haji dan baginya anak perempuan. Ada seorang lelaki ingin mengahwini anak perempuannya sedangkan dia mahu mengerjakan haji. Yang manakah perlu diutamakan samada menunaikan ibadat haji atau mengahwinkan anak perempuannya?

Haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Mengenai permasalahan di atas, jika ia berlaku dalam bulan-bulan  haji iaitu bermula dari bulan Syawal sehingga Zulhijjah maka dia diwajibkan mendahului ibadat haji kerana ketika itu dia telah mempunyai kemampuan untuk mengerjakannya.Jika berada bukan pada bulan haji maka dia hendaklah mengahwini anak perempuannya terlebih dahulu. Ini merupakan perndapat mazhab yang berpendapat bahawa haji wajib dilakukan segera apabila telah mencukupi syarat-syaratnya. Bagi mazhab Syafie yang mengatakan bahawa kewajipan haji boleh ditangguh bukannya dengan segera maka seseorang itu hendaklah mendahului dalam menyelesaikan masalah perkahwinan daripada haji.


Soalan kesebelas : Adakah umrah pada bulan Ramadhan yang mana pahalanya sebagaimana mengerjakan haji boleh menjatuhkan kewajipan haji ke atas seseorang itu? Apakah maksud sebenar sabda Rassulullah S.A.W yang bermaksud : Umrah pada Ramadhan seumpama haji bersamaku.?

Umrah pada bulan Ramadhan baginya kelebihan yang besar dan pahala yang berganda tetapi ia tidak mampu menggantikan kewajipan haji. Ini adalah kerana hadis itu menunjukkan kepada kita kelebihan umrah pada bulan Ramadhan  dari sudut ganjaran dan pahala sahaja bukannya mampu menggantikan tempat kewajipan haji itu sendiri.

Soalan kedua belas : Adakah kewajipan haji itu adalah wajib disegerakan apabila mencukupi sayarta-syaratnya sahaja atau pun kewajipan yang boleh ditangguhkan?

  Ulama’ telah berselisihan pendapat mengenai perkara ini yang mana bagi mazhab Syafie, alThauriey, al-Auzai’e dan Muhammad bin al-Hasan berpendapat bahawa kewajipan haji merupakan wajib yang boleh ditangguhkan walau pun sudah mencukupi syaratnya. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja sebelum tibanya kematian dan tidak berdosa kerana melewat-lewatkannya. Dalil mereka ialah bagaimana haji telah diwajibkan pada tahun keenam hijrah lagi tetapi Rasulullah S.A.W, isteri-isteri serta kebanyakan para sahabat mengerjakannya pada tahun kesepuluh hijrah. Jika ia diwajibkan segera mengapa Rasulullah dan mereka yang lain menagguhkannya sehingga tahun kesepuluh.
    Pendapat yang kedua pula iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Hambali dan sedikit daripada imam mazhab Syafie mengatakan bahawa kewajipan haji ini adalah sesuatu yang mesti ditunaikan secara bersegera. Ini diambil daripada hadis daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang mahu mengerjakan haji maka hendaklah dia bersegera. Maka sesungguhnya dia mungkin sakit, sesat perjalanan dan mempunyai hajat (yang lain) – diriwayatkan oleh imam Ahmad, al-Baihaqi, at-Tohawi dan Ibnu Majah- . Dan juga hadis yang bermaksud : Maka sesungguhnya seorang daripada kamu tidak tahu apa yang akan berlaku kepadanya…

    Bagi mereka yang berpendapat bahawa kewajipan haji boleh ditangguhkan menyatakn hadis-hadis tersebut hanya menunjukkan kepada hukum sunat bersegera mengerjakan haji bukannya wajib.

 

Soalan ketiga belas : Apakah syarat yang mewajibkan haji? Apakah yang dikatakan telah mempunyai kemampuan tersebut?

Tidak diwajibkan haji melainkan ke atas mereka yang telah mencukupi syarat berikut :

a. Islam dan tidak wajin yang kafir
b. Telah baligh dan tidak wajib kanak-kanak

c. Berakal dan tidak wajib orang gila

d. Merdeka dan tidak wajib ke atas hamba

e. Mempunyai kemampuan dan tidak wajib ke atas mereka yang tidak mampu

Dikatakan telah mempunyai kemampuan itu adalah apabila mempunyai perkara di bawah :

1.  Telah terjamin keselamatan dalam perjalanan
2. Merupakan mukallaf yang sihat tubuh badan

3. Mempunyai bekalan atau kewangan yang lebih untuk dirinya sendiri dan juga mereka yang berada di bawah tanggungannya sehinggalah selesai mengerjakan haji

4. Mampu membayar sewa yang membolehkan dia pergi dan balik dari mengerjakan ibadat haji samada dengan jalan darat, laut atau pun udara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: