Hakikat di sebalik sebatan syariah


Oleh DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

SEBATAN merupakan salah satu daripada hukuman yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen Tatacara Jenayah (Mahkamah Syariah) Negeri-negeri di Malaysia. Namun terdapat banyak kekeliruan terhadap hukuman sebatan ini dan tidak kurang pula tohmahan yang mencerca hukuman yang diperuntukkan oleh Hukum Syarak ini.

Kekeliruan dan tohmahan ini berpunca daripada ketidakfahaman atau sengaja tidak mahu memahami sebatan syariah yang sebenar, di samping menyamakan hukuman sebatan syariah dengan sebatan yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil.

Ada sesetengah golongan mendakwa sebatan syariah ini melanggar prinsip hak asasi manusia, kejam tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah seseorang terutamanya wanita.

Hakikatnya, sebatan syariah amat berbeza dari sebatan dijatuhkan mahkamah sivil. Sila Rujuk Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003 seksyen 125 dan 126.

Sebatan yang dijatuhkan di mahkamah sivil yang mencederakan pesalah. Sekali rotan sudah pasti akan pengsan pesalah itu.

Berdasarkan panjang rotan syariah, diameter dan cara merotan, ia amatlah ringan dan langsung tidak mendatangkan luka.

Oleh itu, adalah amat tidak benar dan mengelirukan jika kita mengatakan sebatan syariah adalah kejam tidak berperikemanusiaan ataupun menjatuhkan maruah.

Persoalan juga ditimbulkan bahawa sebatan syariah ini mendiskriminasi wanita Islam kerana peraturan penjara tidak boleh dikenakan sebatan terhadap wanita.

Bila bercakap tentang diskriminasi, maka kita hendaklah terlebih dahulu faham apakah yang dikatakan diskriminasi dan adakah semua bentuk diskriminasi melanggar undang- undang? Terdapat beberapa bentuk diskriminasi yang dibenarkan oleh undang-undang. Contohnya positive discrimination yang berlaku apabila pihak kerajaan memberikan keistimewaan kepada golongan tertentu bagi tujuan tertentu.

Ini dibenarkan oleh undang undang. Begitu juga discrimination against a class of persons atau diskriminasi terhadap sesuatu golongan tertentu juga dibenarkan.

Oleh yang demikian, wanita Islam adalah golongan yang tertentu dan boleh dibuat diskriminasi terhadap golongan tersebut selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas kesamarataan.

Sebatan yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil memang tidak dibenarkan dijatuhkan terhadap wanita disebabkan sifatnya yang kejam dan mencederakan.

Sepatutnya apa yang perlu dilakukan ialah menuntut sebatan ini dimansuhkan. Mungkin ada golongan tertentu yang beranggapan oleh kerana ia hanya dikenakan kepada lelaki maka tidak apalah hukuman tersebut walaupun ia amat kejam dan menyakitkan. Pendekatan ini amatlah pelik.

Ada juga kumpulan pendesak yang mendakwa sebatan dikenakan terhadap mangsa sumbang mahram. Pandangan ini amat mengelirukan kerana tiada undang-undang menghukum mangsa jenayah.

Hukuman dijatuhkan kepada penjenayah bukan mangsa. Golongan ini pula tidak mengemukakan secara tuntas seksyen mana yang mengatakan secara tersurat mangsa sumbang mahram mestilah disebat.

Dalam mensabitkan sesuatu kesalahan dua elemen yang penting mesti dibuktikan iaitu actus rea (perbuatan jenayah) dan mens rea (niat melakukan jenayah).

Oleh itu, dalam apa jua kesalahan termasuk sumbang mahram, mangsa tidak akan dikenakan sebarang tindakan atau pertuduhan, malah kerajaan wajib menjaga kebajikan mereka.

Mungkin anggapan yang ingin ditimbulkan ialah dalam kes wanita mengandung mangsa sumbang mahram. Persoalannya ialah kenapa hanya apabila ditangkap barulah wanita itu mengatakan beliau dirogol dan sebagainya? Mengapa setelah dirogol wanita tersebut tidak terus pergi ke balai polis membuat aduan dia dirogol?

Jika perkara ini dilakukan sudah pasti wanita yang dirogol itu tidak akan didakwa. Bukannya setelah melahirkan anak dan apabila sudah diketahui orang lain barulah mendakwa dirinya dirogol.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: