Zakat Sebelum Tiba Masa


Soalan :

Saya seorang kontraktor pembinaan. Selalunya selepas menyiap sesebuah projek, pihak kerajaan akan membuat pembayaran dalam jangka waktu tertentu. Andai kata saya sudah dijamin pembayaran sebanyak RM100,000 pada bulan Oktober, maka bolehkah saya menyegerakan pembayaran zakat secara in advance pada bulan Julai?

Jawapan:

Hukum asalnya, zakat hanya dikenakan apabila wang atau harta yang mahu dizakatkan itu benar-benar sudah berada di dalam kekuasaan kita, yakni sempurna milik dan juga mencapai tempoh setahun (cukup haul).

Sabda Nabi SAW: “Tiada zakat harta melainkan telah cukup haulnya”. (riwayat Ibn Majah).

Dalam kes di atas, wang itu baharu sahaja dijanjikan dan saudara sendiri belum tentu memilikinya. Maka dalam hal ini, tindakan saudara mengeluarkan zakat sebelum tiba masanya bolehlah dikiaskan kepada tindakan al-Abbas yang telah mendahului syarat cukup setahun dalam mengeluarkan zakatnya.

Sebuah hadis boleh dijadikan sandaran iaitu: “Al-Abbas r.a telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menyegerakan pembayaran zakat sebelum genap tempoh setahun, lalu baginda mengizinkan beliau (Abbas) berbuat demikian”. (riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim).

Kesimpulannya, adalah harus bagi saudara mendahului syarat dalam mengeluarkan zakat tersebut. Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: