Harus bayar zakat fitrah dengan wang


SOALAN :
SAYA difahamkan bahawa zakat fitrah diwajibkan keatas setiap muslim dengan makanan asasi. Soalannya, kenapa di Malaysia ia ditukar kepada nilai wang?

Jawapan:

Mengikut ketetapan asal, zakat fitrah ditunaikan sama ada menggunakan tamar kering atau basah, gandum dan biji-bijian.

Imam Syafie dan Maliki berpendapat, zakat fitrah hendaklak dikeluarkan berdasarkan makanan asasi sesebuah negara. Sebuah hadis riwayat oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Tsalabah bin Abu Saghir boleh dijadikan sandaran: “Bayarlah zakat fitrah satu sha’ gandum atau bur daripada setiap manusia (muslim), anak-anak atau orang dewasa, merdeka atau hamba sahaya, kaya atau fakir, lelaki atau perempuan”.

Walau bagaimanapun, fuqaha berbeza pendapat mengenai keharusan mengeluarkan zakat fitrah dengan harga (wang) dan bukannya harta (makanan).

Imam Abu Hanifah dan at-Tsuri memetik pendapat daripada Umar bin Abdul Aziz r.a bahawa dibolehkan mengeluarkan zakat dengan harga (wang) dan pendapat ini turut disokong oleh Hassan Basri.

Memandangkan penggunaan wang lebih sesuai pada hari ini, maka ia lebih diraikan demi kemaslahatan ummah dan inilah tujuan zakat fitrah, iaitu mencukupkan orang-orang miskin pada hari raya jangan sampai meminta-minta (riwayat Imam Baihaqi). Wallahu A’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: