Puasa Mengikut Cara Rasulullah s.a.w


Oleh: zharifjenn

Sahabat
yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba
untuk sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang
kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita
bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Berpuasa adalah aktiviti
terpenting dalam bulan ini. Persoalannya bagaimana tips-tips yang
diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh Allah?
Mari kita telusuri satu persatu. 

Rasulullah s.a.w Bersahur
Rasulullah
menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari
makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w
bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia
dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu
solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan
hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda:
Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.
(HR: al-Bukhari)
Rasulullah
s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia
adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya:
Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur 
(HR: Muslim)
Rasulullah Menyegerakan Berbuka
Tidak
melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di
ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan
kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.
Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim:
عَنْ
سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ : ” لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.
Perbuatan
melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang
dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara
ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat
kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk
berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk
membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa
terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di
rumah  pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika
azan  maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.
Persiapan
seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk
kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda
di  dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah
yang  sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h:
قال النبي صلى الله عليه وسلم : ” لا يزال الدين ظاهراً ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون “
Agama
ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan
berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka
melewat-lewatkannya.
Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata:
وقال عمرو بن ميمون الأودي رحمه الله : ” كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أسرع الناس إفطارا ًوأبطأهم سحوراً “
Sahabat-sahabat
Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka
puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.
وعَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ :
دَخَلْتُ
أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ :
رَجُلانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ، وَالآخَرُ
يُؤَخِّرُ الإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاةَ ..
قَالَتْ : أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ؟
قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ .
قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
Dari
Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin
r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat
Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan
mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan
melewatkan bersolat…” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara
mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?”
Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin):
“Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w”.
Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma 
Antara
kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan
beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan
dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah
diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad,
Abu Daud dan Tirmidzi katanya:
Rasulullah
s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa
biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka
dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan
beberapa teguk air.
Ini
adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering
meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan
dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib.
Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila
Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda
solat.
Tidur Qailulah
Nabi
s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di
siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara
kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar
sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk
memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah:
عَنْ
ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ”  اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ
وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ “
Dari
Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan
melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur
sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.
Apa
yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak
menerapkan sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini.
Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur
sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa
bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk
melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala
dilipatgandakan.
Menjaga Lidah
Terlalu
rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari
amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga.
Antara  faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak
menjaga  lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan
lucah,  mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu
yang lagha  juga dilakukan ketika berpuasa.
Umumnya
perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan
pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith
yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani:
رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ
Ramai
orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala)
dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk
(tiada pahala)
Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:
وَإِذَا
كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ
سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Apabila
seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia
memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau
dimusuhi, hendaklah ia berkata “Saya berpuasa”.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ
وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ
وَشَرَابَهُ
Dari
Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak
menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t
tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan
minumnya.
Memberi Makan Orang Yang Berpuasa
Antara
amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk
meningkat  neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta
dengan  menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang
berpuasa.  Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah
di dalam  hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang
dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:
Sesiapa
yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa),
dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang
berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya

Bagi
mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk
memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan
tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang
Rasulullah s.a.w.
Adalah
sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang
menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara
doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:
  1. Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim).
  2. Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka(riwayat Muslim).
Doa Ketika Berbuka Puasa
Nabi
s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa
adalah  mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda
s.a.w.  Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika
menunggu  waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang
dilaporkan  Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:
إبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :ثلاثه لاترد دعوتهم : الأمام العادل , والصائم حتى يفطر , ودعوة المظلوم…
Tiga
golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang
berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi…
Rasulullah
s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut
adalah  doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi
tuntutan  ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini
sebagai  hasan. Doa tersebut adalah:
ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى
Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.
Marilah
sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para
sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah
dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat.
Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta
berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk
diri  kita dan masyarakat. Wallahu A’lam.

3 responses to this post.

  1. Posted by sakifkhan on 6 Ogos 2011 at 6:10 pm

    terbaik!!

    Balas

  2. Posted by mas on 9 Ogos 2011 at 12:06 am

    salam…mita izin copy artikel ini….tima kasih…

    Balas

  3. […] semua dalam mendapatkan pahala puasa yang sempurna di sepanjang bulan Ramadhan kali ini.Sumber: Sunnah Rasulvar linkwithin_site_id=376041;var linkwithin_div_class="linkwithin_hook"; […]

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: