Wanita wajib khatan walaupun dewasa


SAYA seorang wanita yang sudah berusia 30 tahun. Baru-baru ini saya mengetahui bahawa saya tidak dikhatankan ketika kecil. Adakah saya wajib berkhatan sekarang?

Insan Inginkan Jawapan,

Kuala Lumpur.

Berkhitan atau disebut dalam istilah orang Melayu sebagai berkhatan adalah sesuatu yang diwajibkan ke atas lelaki dan perempuan. Oleh itu, seorang wanita yang belum berkhitan dan hanya mengetahuinya ketika sudah menjangkau usia 30 tahun, maka tetap juga diwajibkan supaya berkhitan.

Ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai.

Bagaimanapun, perlu diingat, seseorang itu tidak dianggap berdosa kerana tidak berkhitan sewaktu kecil atas alasan dia tidak pun mengetahuinya.

Namun, apabila dia mengetahuinya, maka berdosa jika dia melalaikan kewajipan ini. Bagi wanita adalah sekadar dipotong atau sekadar berdarah pada klitorisnya.

Perkara ini tidak memberatkan dan tidak menyulitkannya. Perlu diingat, jika meninggalkannya, hukumnya adalah berdosa dan termasuk dalam maksiat farji (kemaluan).

Syeikh Ibn Hajar al-Haitami dalam kitabnya, al-Zawajir, jelas mengatakan bahawa meninggalkan khitan sesudah dewasa sama ada lelaki atau wanita, adalah termasuk dalam dosa-dosa besar.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: