Mendepani khabar angin


Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR

MASYARAKAT Islam sejak dahulu sangat menjunjung tinggi kebersihan. Bukan hanya kebersihan fizikal, kebersihan imej dan adab juga amat dijaga. Salah satu sifat masyarakat Islam ialah tidak menyukai keburukan tersebar dalam masyarakat. Sebaliknya, selalu menutup aib dan tidak mencari-cari kesalahan orang lain.

Dalam kes tuduhan zina misalnya, siapa yang menuduh orang lain berzina wajib menghadirkan empat orang saksi. Jika gagal melakukan sedemikian, hukuman qazaf akan ditimpakan kepada dirinya.

Menciptakan khabar angin dan menyebarluaskannya dalam kalangan masyarakat merupakan satu kesalahan. Tidak kira apa motif di sebaliknya. Perbuatan tersebut diancam dengan hukuman tegas daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Allah berfirman: Sesungguhnya orang-orang yang menginginkan tersebar keburukan di kalangan kaum beriman akan mendapat azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah Maha Mengetahui, engkau tidak mengetahui (apa-apa). (al-Nur: 19)

Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir: “Ayat ini adalah teguran bagi orang yang mendengar khabar angin lalu tercipta konsepsi tertentu di mindanya, kemudian berbicara tentangnya. Hendaknya ia tidak memperbanyak cerita buruk itu dan menyebar-syebarkannya.”

Menurut Ibnu Taymiah, larangan ini meliputi orang yang menyukai perkara tersebut dengan hatinya sahaja, apalagi jika dizahirkan dengan lidahnya dan menyebar-nyebakannya.

Sebagai Muslim yang menjunjung tinggi akhlak mulia, kita mesti mendidik diri dengan adab-adab tertentu setiap kali berdepan dengan khabar angin yang cuba disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Bersaudara

Sebesar apa pun perbezaan yang terjadi antara seseorang Muslim dengan Muslim yang lain, kedua-duanya tetap terikat dengan tali persaudaraan. Islam menaungi mereka berdua. Jika kedua-duanya berbeza agama, maka kedua-duanya tetap hamba Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau menyakiti hamba-hamba Allah, jangan perlekehkan mereka dan jangan mencari-cari aibnya. Siapa yang mencari-cari aib saudaranya seIslam, Allah akan menyingkap aibnya sehingga ia akan dipermalukan walaupun di rumahnya sendiri.” (riwayat Ahmad)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: