Hukum pakai pakaian bergambar ketika solat


Apa hukum memakai pakaian yang ada gambar. Saya lihat ada sesetengah orang memakai baju bergambar ketika solat di masjid.

Ramadhan,
Cheras, Kuala Lumpur.

Pertama, pendirian Islam mengenai perkara ini jelas iaitu gambar atau imej yang dilarang adalah gambar yang disembah dan dimuliakan. Justeru, kita tidak boleh memakai pakaian mempunyai gambar yang dimuliakan dan disembah. Patut ditegaskan Islam mengehendaki umatnya menjaga imej lahirnya, berpakaian dengan bersopan, menjaga maruah dan menikmati apa-apa yang dicipta Allah untuk maksud pakaian serta perhiasan yang halal.

Antara syarat berpakaian ialah mesti bersih, senonoh dan menutup aurat. Allah SWT mengurniakan pakaian dan perhiasan sebagai rahmat-Nya kepada manusia. Allah SWT berfirman bermaksud: “Wahai anak Adam! Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raf, ayat 26)

Umat Islam disuruh menjaga penampilan, terutama apabila ke tempat ibadat. Allah SWT berfirman bermaksud: “Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Memelihara tauhid
Berilah perhatian khas kepada pakaian ketika hendak bersolat. Banyak hadis melarang membuat gambar. Walaupun menurut kebanyakan ahli fiqah, foto tidak tergolong dalam kategori gambar diharamkan, semua ahli fiqah sepakat mengatakan tempat ibadat mesti bebas daripada sebarang gambar orang atau binatang. Tujuannya memelihara tauhid serta mengelak sebarang syirik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: