Seni bina tuntutan Islam


SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
Seni bina Islam
Masjid yang terletak di Padang Rengas Kuala kangsar, Perak ini dindingnya dibina daripada pokok buluh dan seni binanya mematuhi ciri-ciri Islam.

RUMAH tersergam indah pastinya menjadi pilihan ramai. Bermula dari pemilihan lokasi, reka bentuk, hiasan dalaman sehinggalah kepada pemilihan perabotnya. Ramai dalam kalangan pemilik menggunakan amalan seperti Fengshui bagi mengetahui kawasan rumah yang bakal diduduki sentiasa selamat dan membawa tuah.

Tidak dinafikan setiap agama mempunyai cara tersendiri dalam aspek kemudahan, keselesaan dan keselamatan isi rumah. Islam adalah agama syumul untuk semua penganutnya dan sudah tentu akan ada kebaikan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Syariat yang memudahkan

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Fadzli Abdul Aziz berkata susun atur dan reka bentuk dalam Islam adalah untuk memudahkan penghuni rumah dari segi syariat Islam terutamanya apabila menyentuh bab mengenai kiblat.

“Sebenarnya menurut perspektif Islam adalah untuk memberi keringanan kepada penghuni rumah dalam menjaga syariat dan supaya isi rumah dapat melakukan ibadat dengan sempurna. Jadikan ruang tandas sebagai contoh, jika dalam Islam kita ke tandas kena baca doa dan dahulukan kaki kiri. Jadi dengan reka bentuk susun atur tertentu memudahkan bagi kita mengamalkan sunnah dan secara automatiknya hendak ke tandas masuk kaki kiri, sangat mudah.

“Kita tengok hari ini, banyak rumah dibina oleh pemaju yang kurang sensitif mengenai syariah Islam. Saya tidak merujuk kepada semua, hanya segelintir pemaju. Antaranya tandas dibina menghadap kiblat,” katanya kepada Rehal baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun duduk dalam rumah, masih ada ruang yang perlu dijaga auratnya seperti kedudukan ruang tamunya dan sebagainya. Kadang-kadang sesetengah binaan rumah apabila masuk ke dalam terdedah semuanya isinya. Sebagai contoh, jika ada saudara perempuan yang sedang memasak di dapur tiba-tiba tetamu datang, menyebabkan saudara perempuan terkejar-kejar ke bilik mencari tudung.

Ada satu hadis yang boleh dikaitkan dengan situasi iaitu yang bermaksud diberikan kebajikan dan dihapuskan kejahatan kepada mereka yang tidak membelakangkan kiblat atau menghadap kiblat semasa mengqada hajat.

Sebagai penghuni rumah yang beragama Islam sudah tentu persoalan mengenai arah kiblat menjadi perhatian. Tanyalah sesiapa sahaja, pasti tidak senang hati jika keadaan rumah yang dibina tidak memenuhi tuntutan syariah walaupun berharga jutaan ringgit.

Reka bentuk rumah terkini

Ustaz Ahmad Fadzli menjelaskan, reka bentuk rumah kini cenderung kepada rekaan Barat, seperti ruang dapur di bahagian depan, sudah pasti ia menjadi kesukaran kepada Muslimah untuk bergerak ke sana ke mari dan terpaksa mengenakan tudung apabila tetamu berkunjung walaupun dalam rumah sendiri.

“Kebanyakan tandas juga ada yang dibina di bahagian depan, apabila masuk dalam rumah. Ada satu hadis menceritakan, semasa Nabi Muhammad SAW berada dalam tandas, tiba-tiba kedengaran orang memberi salam, memberi salam itu sunnah dan menjawab salam itu wajib, namun Rasulullah tidak menjawab salam itu jelas membuktikan bahawa dalam tandas langsung tidak boleh bercakap atau bersembang.

“Tidak kisah sama ada tandas itu di bahagian depan atau belakang, tetapi kurang elok sekiranya apabila bunyi air dibuka dan tandas dipamkan kedengaran hingga ke luar,” ulasnya lagi.

Menurutnya, pemilihan cermin dan jubin juga perlu diambil perhatian. Usahlah terlampau hendak mencantikkan rumah sehingga kita memilih jubin yang dapat memantulkan pencahayaan jelas bermakna orang sebelah dapat melihat perlakuan individu yang sedang melepaskan hajat.

Sebenarnya rumah tradisional Melayu terdahulu sangat bagus dari segi reka bentuknya, kita lihat kenapa rumah lama berpanggung atau tinggi, tingkap setara, di bahagian atap terdapat sedikit ruang. Biasanya rumah yang dibina rendah kita dapat melihat apa yang berlaku dalam rumah melalui tingkap.

“Rumah yang dibina tinggi, selain aliran pengudaraan yang sejuk juga dapat menahan pandangan orang lalu-lalang di jalanan. Dapur pula terletak di bahagian belakang. Pembinaan rumah sebegini memudahkan penghuninya terutama wanita supaya senang bergerak.

“Individu yang mereka rumah berkonsepkan rekaan Barat perlu meneliti adakah ia bersesuaian dengan tuntutan syariat atau sebaliknya, tambahan pula rumah yang dibina rendah biasanya agak panas dan memerlukan penggunaan penghawa dingin 24 jam,” katanya yang juga pengacara program Per Square Foot (PSF) yang bakal ke udara jam 8.30 malam 7 April ini di saluran TVHijrah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: