Kaffarah langgar sumpah


BEBERAPA tahun lepas, tunang saya mengkhianati saya dengan menikahi wanita lain. Pada saat itu, hati saya berasa sangat kecewa. Saya menjadi benci kepada setiap laki-laki, bahkan saya bersumpah tidak akan menikah. Akan tetapi, takdir Allah menentukan lain. Saat ini saya berjumpa dengan seorang pemuda yang sangat baik. Hati saya jadi berubah dan minggu hadapan, keluarganya akan datang merisik. Saya jadi tertanya-tanya bagaimana dengan sumpah saya? Mohon nasihat daripada ustaz.

JAWAPAN

Sumpah (bahasa Arabnya: yamin) mengikut Syariat Islam adalah janji daripada pihak yang melakukannya untuk melaksanakan atau meninggalkan sesuatu perbuatan.

Sebuah sumpah dinyatakan sah apabila dilakukan dengan menyebut nama Allah atau salah satu daripada sifat-sifat-Nya. Ucapan itu seperti Wallahi (Demi Allah) dan Waqudratihi (Demi kekuasaan Allah), atau demi al-Quran dan sebagainya.

Menurut para ulama, hukum asal sumpah sebenarnya adalah makruh. Dan sikap terlalu mudah bersumpah dalam setiap perkara sangat tidak disukai. Imam Al-Syafii pernah berkata: “Aku tidak pernah bersumpah dalam ucapan benar ataupun dusta.”

Lebih dibenci lagi apabila sumpah digunakan untuk tujuan maksiat seperti sumpah di mahkamah untuk memalsukan hak. Sumpah seperti ini disebut “Yamin Ghamus“, iaitu sumpah palsu yang menjerumuskan pelakunya ke neraka.

Rasulullah SAW bersabda: Antara dosa-dosa besar adalah menyekutukan Allah, derhaka kepada ibu bapa, membunuh dan bersumpah palsu. (riwatar al-Bukhari).

Batalkan

Sumpah tidak akan berkahwin yang saudari lafazkan itu sah jika memenuhi rukun syaratnya. Namun ia termasuk sumpah yang dimakruhkan. Sebab perkahwinan adalah satu sunnah Nabi dan syiar Islam. Siapa yang tidak menyukai sunnah ini, maka ia dikhuatiri terkeluar daripada umat baginda.

Janganlah hanya kerana kesalahan seorang laki-laki, saudari membenci semua kaum sejenisnya dan mengharamkan perkara yang Allah halalkan. Jangan biarkan emosi menutupi akal sihat kita. Masih ramai di luar sana insan baik yang berpegang kepada janji dan menjunjung akhlak mulia.

Para ulama menggalakkan agar sumpah seperti ini dibatalkan dan tidak diteruskan. Caranya ialah dengan membayar kafarah sumpah.

Rasulullah SAW bersabda: Jika engkau telah bersumpah (untuk melakukan atau meninggalkan) sesuatu, lalu engkau melihat lebih baik untuk tidak melaksanakannya, maka lakukanlah apa yang lebih baik itu dan bayarlah kafarah atasnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kafarah sumpah adalah salah satu daripada tiga pilihan berikut:

1. Membebaskan hamba sahaya yang mukmin, atau

2. Memberi makan 10 orang miskin, atau

3. Memberi pakaian 10 orang miskin.

Jika tidak mampu melakukan ketiga-tiganya, maka wajib puasa tiga hari. Namun tidak boleh beralih kepada puasa kecuali benar-benar tidak mampu melakukan ketiga-tiga pilihan di atas.

Saya sangat berharap agar pada masa hadapan saudari boleh mengawal diri dan tidak bersumpah kecuali jika benar-benar ada hajat. Nama Allah buka murah, akan tetapi mahal harganya. Wallahu a’lam.

One response to this post.

  1. Posted by farel rivanna on 16 Jun 2013 at 12:30 am

    tapi pernah saya dengar berpuasa selama 40 hari apakah itu benar ustadz ?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: