Bagaimana berkongsi kekayaan?


JIKA diikutkan, majoriti manusia mempunyai harta, yang membezakan hanyalah jumlah, ada yang banyak dan ada yang sedikit. Persoalannya, bagaimanakah mahu menumbuhkan rasa kecintaan untuk berkongsi kekayaan tersebut?

Jawapan

Manusia dianggap kaya apabila keperluan asasinya sudah dipenuhi dan dia mampu mengeluarkan zakat ke atas harta yang berbaki (kerana sudah memenuhi nisab). Inilah neraca kekayaan di sisi Islam.

Manusia berharta pula ada dua kategori. Ada yang pemurah dan ada yang bakhil. Allah SWT amat menegah manusia daripada sifat bakhil.

Firman-Nya: Janganlah sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan hartanya yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu kelak akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat. (Ali Imran: 180)

Hakikatnya itulah manusia. Harta yang dipinjamkan Allah ibarat milik mereka 100 peratus. Sedikit memberi terasa rugi. Ada yang memberi sedang muka masam mencuka. Ada juga yang memberi dengan syarat nama digendang di lobi serata dunia. Di manakah keikhlasan agaknya?

Allah SWT mengingatkan: Dan berikanlah kepada mereka sebahagian daripada harta Allah yang telah dikurniakan-Nya kepadamu. (an-Nur: 33).

Persoalannya, harta itu siapa yang punya? Ada orang mengaku harta itu memang dia yang punya. Dia yang berusaha mencari dan mengumpul sepenuh hati. Sebab itulah, dia berhak menentukan sukatan apabila mahu memberi.

Tidak perlu menggunakan takaran dan nisab yang Allah sediakan. Dia fikir dia berhak mengherdik si fakir jika terasa mereka adalah golongan pemalas yang asyik mengalunkan ‘anfiqu ala fuqara’ sebagai zikir.

Inilah perangai si Qarun yang akhirnya dihukum Allah ditelan bumi dengan seluruh hartanya hingga hilang nyawa. Firman Allah SWT: Maka Kami benamkan Qarun bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang boleh menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya). (al-Qasas: 81)

Harta itu hakikatnya hanyalah pinjaman Allah kepada kita. Sifat peminjam ialah menjaga barang yang dipinjam dengan cermat dan selamat. Bila hendak dibelanjakan pun, mestilah mengikut garis panduan yang telah disediakan oleh Tuan ampunya harta.

Hakikatnya juga, harta yang dipinjamkan itu, jika ditadbir urus dengan baik akan memberikan kesan berpanjangan dari dunia hingga ke akhirat. Antara kebaikan di dunia, manusia yang pemurah serta suka berbelanja yang kena pada tempatnya akan diberikan ketenangan jiwa.

Ketenangan jiwa inilah yang kian dicabut daripada jasad manusia. Ia dapat dilihat dengan bertambahnya penyakit sosial di dalam masyarakat hari ini. Ibu dan bapa kian hilang kawalan kepada anak-anak yang kini lebih rapat dan percaya kepada rakan dan kawan-kawan daripada orang tuanya.

Guru-guru di sekolah takut menegur anak murid yang jelas berbuat salah kerana takut akhirnya mereka pula dibelasah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: