Kegemilangan ilmu perubatan Islam


ILMU perubatan Islam ialah pengetahuan perubatan yang dikembangkan oleh para ilmuwan Islam pada zaman kegemilangan Islam (abad ke-2 hingga abad ke-7 Hijrah).

Perubatan moden tidak dianggap sebagai ilmu perubatan Islam kerana dikembangkan oleh para ilmuwan Barat sejak zaman kebangkitan mereka pada abad ke-15 Masihi.

Perubatan Islam bukanlah ilmu yang seluruhnya berasal daripada Islam. Ilmu ini dikembangkan oleh para ilmuwan Islam berdasarkan warisan intelektual sebelum Islam yang berasal dari Yunani, Parsi, India dan negara lain yang ketika itu mempunyai hubungan rapat dengan dunia Islam.

Sungguhpun begitu, perubatan Islam bukan sekadar hasil tiruan mahupun terjemahan daripada bahasa asing ke dalam bahasa Arab, namun mengalami perkembangan, asimilasi, bahkan “pengislaman”, sehingga memiliki keunikan dan identiti budayanya sendiri.

Perubatan zaman Nabi SAW

Ramalan perubatan telah dilakukan bangsa Arab, termasuk suku Quraisy yang menimba ilmu perubatan dari negara jiran seperti Syria, Mesir dan Parsi. Haris bin Kaladah ialah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal sebagai doktor ulung.

Beliau berkelulusan Jundishapur, universiti klasik di Parsi yang terkenal dengan ilmu perubatannya. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, sesetengah orang Arab mengamalkan ilmu perubatan mereka dan meminta bayaran atas khidmat yang diberikan mereka.

Sejarah

Sejarah perubatan Islam sama tuanya dengan agama Islam itu sendiri. Sejak Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwahnya, selain mengajarkan hal yang bersifat keagamaan, baginda juga menyarankan agar para pengikutnya mempelajari hal keduniaan, termasuk ilmu perubatan.

Bahkan, Nabi sendiri sesungguhnya memiliki beberapa petua kesihatan yang dikembangkan oleh sebahagian ulama menjadi Perubatan Nabi atau al-Tibb al-Nabawi.

Zaman kegemilangan

Abad ke-10 dan ke-11 merupakan zaman kegemilangan ilmu perubatan Islam. Banyak ilmuwan Islam yang menulis kitab perubatan pada masa itu. Kitab yang ditulis mereka jauh lebih maju daripada kitab terjemahan.

Jika pada abad ke-8 dan ke-9, orang Islam masih menjadi anak murid, maka pada abad ke-10 dan ke-11 mereka sudah menjadi guru. Buku bacaan yang sebelumnya berasal daripada kitab terjemahan sudah diganti dengan pelbagai ensiklopedia ilmu perubatan yang ditulis oleh ilmuwan Islam sendiri.

Kegiatan penterjemahan ilmu perubatan ke bahasa Arab merupakan titik-tolak munculnya tokoh perubatan Islam.

Dalam gambar kelihatan satu halaman buku berjudul, al-Diryaq (Ubat Penawar Racun), hasil terjemahan para ilmuwan Islam daripada buku Galenus yang bertajuk, Antidote.

Mendapat perhatian

Sewaktu Islam berjaya, perubatan ialah cabang ilmu pengetahuan, selain falsafah yang paling banyak mendapat perhatian daripada para khalifah yang berkuasa. Ratusan karya perubatan dari Yunani, Parsi dan India diterjemahkan secara besar-besaran. Baitulhikmah di Baghdad dan Darulhikmah di Kaherah ialah dua “syurga” tempat berkumpulnya para ilmuwan dan penterjemahan.

Di tempat seperti itulah, puluhan buku perubatan asing diterjemahkan dan dipelajari. Doktor bedah di Iran melakukan pembedahan. Meskipun pada waktu ini kurang maju dibandingkan dengan dunia Barat, namun perubatan Islam mencatat sejarah panjang yang memberikan sumbangan besar kepada ilmu perubatan dewasa ini dan pernah mengalami keagungannya pada zaman kegemilangan Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: