Bantu golongan riqab gilap peribadi


Mohd Rizal Azman Rifin

Kerja sukarela beri teladan baik, rangsang insan kembali ke jalan benar

Gejala sosial sentiasa menghantui kita dengan kemunculan gaya hidup yang menyalahi kehendak agama. Antara gejala yang sudah lama berakar umbi dalam masyarakat ialah penagihan dadah dan seks bebas yang amat dilarang agama.
Akibat melayan keseronokan hidup tanpa batas, telah mengundang kepada menularnya penyakit AIDS dan HIV yang kini dilaporkan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Golongan ini turut dipandang serong oleh masyarakat, malah sering menjadi mangsa ejekan dan dipulaukan.

Barang siapa yang membebaskan riqab (orang yang terhamba diri mereka), Allah akan membebaskan setiap sendi anggota dari api neraka hingga selamat dia dengan keselamatannya,” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Sebenarnya golongan seperti ini tidak sewajarnya dipulaukan atau diberi pelbagai jolokan yang boleh mengaibkan mereka. Sebaliknya, kita sangat dituntut untuk melakukan usaha mengembalikan mereka ke jalan yang benar di samping memberi pertolongan sekadar termampu.

Jarang kita dengar ada pihak yang sudi menyediakan rumah pemulihan bagi golongan seperti ini. Dan jika adapun, masyarakat telah tegar dengan tanggapan negatif terhadap mereka.

Pintu taubat

Rasulullah SAW sendiri pernah meninggalkan pesanan: “Barang siapa yang membebaskan riqab (orang yang terhamba diri mereka), Allah akan membebaskan setiap sendi anggota dari api neraka hingga selamat dia dengan keselamatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain pesakit HIV, golongan seperti wanita yang mengandung anak luar nikah telah dikategorikan sebagai golongan riqab yang perlu dibantu.

Ini berdasarkan Majlis Fatwa Selangor yang menyimpulkan golongan itu adalah golongan yang perlu ditolong pemulihannya, di samping memberi bimbingan semula supaya mereka mampu meneruskan kehidupan selaras kehendak agama.

Sesungguhnya Allah tidak pernah menutup pintu taubat terhadap hamba-Nya yang berdosa. Justeru, kita sebagai anggota masyarakat seharusnya sedar hakikat ini dan janganlah menjadi penyebab kepada lambatnya mereka insaf terhadap kesalahan.

Tanam sifat suka membantu

Rasulullah SAW aktif dalam aspek mendidik kita supaya menjadi seorang insan yang bukan saja baik buat dirinya semata-mata, tetapi Baginda mengajak kita semua membina semangat untuk sentiasa ghairah membantu orang lain.

Pesanan Baginda: “Sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanfaat sesama manusia.” (Riwayat Abu Daud)

Jika kita mampu mengembangkan sifat suka membantu insan lain bermakna salah satu pesanan Rasulullah SAW telah berjaya kita warisi sekali gus akan menjadi penggilap peribadi yang sempurna lagi diberkati Ilahi.

Seandainya kita berjaya memberikan contoh teladan membantu golongan riqab itu baik dalam menyalurkan nasihat bimbingan agama atau terbabit kerja sukarela di rumah amal kebajikan, bermakna kita sudah membuat satu teladan besar pahala di sisi Allah.

Perbuatan baik jadi contoh

Sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang melakukan contoh perbuatan baik dalam Islam, lalu perbuatan itu dicontohi orang lain, maka akan dicatat untuknya pahala seperti pahala orang yang mencontohinya, tanpa dikurangkan sedikitpun pahala mereka yang mencontohinya dan barang siapa mencontohkan perbuatan buruk, lalu perbuatan itu dilakukan oleh orang lain, maka akan ditulis baginya dosa seperti dosa orang menirunya tanpa mengurangi mereka yang menirunya.” (Riwayat Muslim)

Ini satu pedoman yang disampaikan oleh Rasulullah SAW supaya kita hidup dengan budaya sihat yang sentiasa ingin memberikan contoh peribadi yang baik. Kita juga mendidik diri sukakan aktiviti kemasyarakatan yang menjurus kepada amar makruf dan nahi mungkar.

Rasulullah SAW berpesan lagi: “Wahai segenap manusia, serulah kepada perkara yang makruf dan cegahlah daripada perkara yang mungkar sebelum kamu berdoa kepada Allah dan doamu tidak dikabulkan serta kamu memohon ampunan dan tidak diampuni. Amar makruf tidak mendekatkan ajal. Sesungguhnya, pendeta Yahudi dan Rahib Nasrani ketika mereka meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar, mereka dilaknat oleh Allah melalui ucapan Nabi-Nabi mereka. Mereka juga ditimpa bencana dan malapetaka.” (Riwayat at-Tabrani)

Ini satu peringatan serius daripada Rasulullah SAW supaya kita tidak menganggap remeh dan pandang ringan urusan amar makruf dan nahi mungkar. Jadi, dalam urusan kerja sukarela membantu golongan riqab, ia tugas mulia bukannya sesuatu yang membuang masa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: