Beri maaf hilang sengketa


Zahazan Mohamed

Tidak masuk syurga jika putuskan silaturahim

Soalan: Saya dan kawan telah bermasam muka selama setahun disebabkan kesalahan yang tidak saya sengajakan. Saya telah berusaha meminta maaf tetapi dia tetap tidak mahu memaafkan dan berdendam dengan saya. Adakah saya masih tetap berdosa jika kawan itu tidak memaafkan saya.
Aisyah,Tanjung Malim, Perak.

Rasulullah SAW menggambarkan silaturahim ini dalam sabdanya: “Kekeluargaan bergantung di ‘Arasy. Ia akan berkata: Sesiapa menghubungi aku, maka Allah pun akan menghubunginya dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Muslim)

Jawapan: Islam mengharamkan seorang Muslim berlaku kasar terhadap kawannya, memutuskan hubungan dan menjauhinya. Islam tidak memperkenankan seorang Muslim menjauhi kawannya kecuali dalam batas tiga hari sehingga tenang kemarahan kedua-dua belah pihak.

Kemudian mereka berdua hendaklah berusaha memperbaiki, menjernihkan suasana dan mengatasi perasaan benci atau permusuhan. Antara sifat terpuji dalam al-Quran ialah merendah diri terhadap orang mukmin.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Abu Daud: “Tidak halal seorang Muslim menjauhi kawannya lebih dari tiga hari. Sekiranya telah berlalu waktu tiga hari itu, maka berbicaralah dengan dia dan berilah salam. Jika dia telah menjawab salam, maka keduanya bersama-sama mendapat pahala. Dan jika dia tidak membalasnya, maka sesungguhnya dia kembali dengan membawa dosa. Sedangkan orang yang memberi salam telah keluar daripada dosa menjauhi itu.”
Lebih hebat lagi, haram memutuskan silaturahim terhadap keluarga yang Islam wajibkan untuk menyambung dan melindungi kehormatannya.

Berbuat baik kepada orang lain

Firman Allah SWT: “Dan takutlah kamu kepada Allah yang pada-Nya kamu meminta dan jagalah keluarga kerana sesungguhnya Allah Maha mengawasi atas kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 1)

Rasulullah SAW menggambarkan silaturahim ini dalam sabdanya: “Kekeluargaan bergantung di ‘Arasy. Ia akan berkata: Sesiapa menghubungi aku, maka Allah pun akan menghubunginya dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Muslim)

Sabda Baginda SAW lagi: “Tidak masuk syurga orang yang memutus.” (Riwayat al-Bukhari) Ulama mentafsirkan kalimat ‘memutus’ itu iaitu memutuskan silaturahim dan lainnya mentafsirkan dengan memotong jalan atau penyamun.

Silaturahim yang wajib bukan sekadar seorang kerabat menghubungi dan berbuat baik kepada yang lain kerana ia perkara biasa. Tetapi yang dimaksudkan silaturahim yang wajib ialah tetap menghubungi keluarga sekalipun mereka menjauhinya.

Sabda Nabi SAW: “Bukanlah orang yang menghubungi keluarga itu ialah orang yang menjamin tetapi dinamakan orang yang menyambung kekeluargaan ialah apabila keluarganya itu memutuskan dia, maka dia tetap menghubunginya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW pernah menjauhi tiga orang sahabatnya yang tidak mahu turut dalam peperangan Tabuk selama 50 hari sehingga bumi ini layaknya sempit dan hatinya merasa kebingungan, tidak ada seorang pun mahu bergaul dengan mereka, berbicara atau memberi salam.

Rahmat Ilahi

Begitulah sehingga Allah menurunkan ayat mengenai diterimanya taubat mereka. Dan pernah juga Rasulullah SAW menjauhi sebahagian isterinya selama 40 hari.

Memutuskan hubungan akan menghalang pengampunan dosa dan rahmat Allah seperti diterangkan dalam hadis riwayat Muslim (yang bermaksud): “Pintu-pintu syurga akan dibuka pada hari Isnin dan Khamis, kemudian Allah akan memberi keampunan kepada setiap orang yang tidak menyekutukan Allah sedikit pun kecuali seorang lelaki yang ada berpisah antara dia dan saudaranya. Maka Allah berkata: ‘Tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkan keduanya sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah keduanya sehingga mereka berdamai’.”

Jika dia berada di pihak yang benar, maka cukup kiranya pihak yang bersalah datang dan minta maaf dan dia hendaklah memberi maaf. Dengan demikian selesailah persengketaan dan haram hukumnya dia menolak permintaan maaf saudaranya.

Terhadap orang yang demikian, Rasulullah SAW memberikan ancaman bahawa pada hari kiamat kelak dia tidak akan masuk syurga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: