Tokoh riwayat Warsy


Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

SEORANG guru Quran yang penulis mengenalinya dan mempunyai ilmu yang mendalam dalam riwayat Warsy ialah al-Fadhil Ustaz Sulaiman Ali. Penama merupakan anak kelahiran Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan dilahirkan pada 1934.

Semasa usianya meningkat remaja, beliau amat suka mendampingi guru al-Quran. Ketika itu di Terengganu, guru al-Quran yang tersohor ialah Haji Mat Litar yang merupakan Imam Masjid Abidin dan pemegang sanad al-Quran. Beliau menganugerahkan sanad kepada pelajarnya sebaik selesai khatam al-Quran di hadapannya.

Ustaz Sulaiman telah mendalami bacaan al-Quran dengan penekanan kepada makhraj huruf, sifat huruf dan hukum tajwid yang lain di bawah tunjuk ajar Mat Litar.

Di samping itu, Mat Litar juga memberi tunjuk ajar kaedah bacaan riwayat Warsy. Semua kaedah tersebut dicatat dalam mushaf dan disimpan dengan baik hingga ke hari ini.

Ketika melanjut pelajaran di Mekah pada 1952 hingga 1960, Sulaiman telah mengambil peluang dengan menekuni riwayat Warsy di hadapan beberapa guru al-Quran.

Semasa Malaysia menyambut kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957, persatuan pelajar Malaysia di Mekah juga membuat satu majlis sambutan kemerdekaan dan Sulaiman ditugas sebagai setiausaha sambutan.

Pada 1960, beliau pergi ke Mesir dengan mengikuti pengajian dalam kuliah Syariah di Universiti al-Azhar dan telah mendapat biasiswa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Perkara yang penulis begitu hormat kepada tokoh Quran ini ialah, walaupun beliau telah pencen daripada beberapa jawatan penting di bahagian pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, namun beliau terus mendalami atau bermuzakarah riwayat Warsy dengan beberapa guru al-Quran.

Pada 1994, beliau telah dianugerahkan sijil khatam al-Quran riwayat Warsy oleh Syeikh Ibrahim Yusuf Ibrahim Badr. Syeikh Ibrahim Badr ialah guru al-Quran di Maahad Tahfiz al-Quran negeri Terengganu yang diutus Universiti al-Azhar Mesir.

Keilmuan Sulaiman dalam riwayat Warsy bukan sekadar maklumat yang dikumpul daripada guru atau tercatat dibuku sahaja tetapi beliau telah menulis seluruh riwayat Warsy bermula daripada surah al-Fatihah hingga ke surah al-Nas di dalam bukunya yang diberi nama al-Nur Riwayat Warsy daripada Qiraat Nafei’.

Kitab al-Nur ini dibahagikan kepada tiga jilid dan diterbitkan pada 2003. Ketika menyiapkan kitab al-Nur, hubungan Sulaiman dengan penulis bertambah erat di mana beliau telah meminta penulis menyemak kitabnya dan memberi ruang kepada penulis menggarap kata aluan di permulaan kitab.

Kitab al-Nur telah digunakan dalam sesi pengajaran kepada masyarakat. Di samping itu, beliau juga merujuk kepada rakaman suara riwayat Warsy oleh Syeikh Mahmud Khalil al-Husari.

Pada permulaan tahun 2000, beliau telah membuka kelas talaqi riwayat Warsy di surau Tanjung Kuala Terengganu. Ramai yang datang untuk belajar riwayat Warsy dan terdapat juga kalangan ustaz yang datang bagi mendalami lagi riwayat tersebut

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: