Kesamarataan gender laungan sesat


Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

lelaki dan wanita adalah pelangkap antara satu sama lain. – Gambar hiasan

ISU kesamarataan gender di dalam Islam masih lagi diperdebatkan di kalangan umat Islam dan bukan Islam. Ada akhbar memaparkan perjuangan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) wanita yang menuntut kesamarataan antara lelaki dan wanita. Ia termasuklah tuntutan mengkaji semula undang-undang Islam, umpamanya yang berkaitan dengan faraid.

Undang-undang faraid itu didakwa ketinggalan zaman kerana tafsiran yang diberikan kepadanya semata-mata berdasarkan faktor sejarah. Syariah juga dikatakan bukan sebagai undang-undang tetapi merupakan dogma-dogma prinsip sahaja. Undang-undang ini hendaklah dipinda kerana mendiskriminasi wanita.

Berbalik kepada isu yang diperkatakan iaitu undang-undang faraid. Seharuslah kita merujuk kembali kepada nas asal berkaitan dengannya. (rujuk al Nisa’: 11-14)

Saya sengaja memaparkan di ruangan ini terjemahan keseluruhan ayat-ayat berkaitan faraid tersebut bagi menunjukkan betapa telitinya al-Quran memperincikan hukum faraid ini. Ayat-ayat yang begitu terperinci ini membawa makna yang amat jelas. Ia bersifat definitif dan tidak perlu ditafsirkan lagi.

Daripada sudut kaedah pentafsiran pula hanya hukum-hukum yang bersifat spekulatif sahaja yang perlu ditafsirkan manakala yang bersifat tetap atau qatie tidak memerlukan kepada pentafsiran.

Perkara ini tidak memerlukan tafsiran kerana ia sudah jelas. Oleh itu, menyeru supaya hukum faraid ini ditafsirkan semula membawa erti meminda ayat-ayat hukum yang telah diturunkan oleh Allah. Apatah lagi apabila kita mengatakan, undang-undang tersebut telah ketinggalan zaman. Ia amat jelas mencabul kesucian al-Quran itu sendiri.

Dalam masa kita memperkatakan tentang ketaatan kepada pemerintah, kita lupa bahawa ketaatan kepada Tuhan adalah ketaatan yang mutlak. Oleh itu tuntutan golongan ini dilihat sebagai tidak selari dengan pandangan Islam. Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang pernah menyelar pandangan sebegini.

Walau apapun, sepatutnya kita berbalik kepada al-Quran dan al-Sunnah, bukan menculik lari daripadanya. Membelakangkan sumber hukum Islam hanya akan membawa kepada kerosakan. Akal fikiran kita tidak boleh mengatasi hukum naqli yang telah ditentukan oleh Allah. Dalam ayat yang dinyatakan di atas adalah jelas bahawa Allah memberi amaran terhadap ketentuan-Nya yang perlu dipatuhi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: