Wanita solat di masjid elak berdepan fitnah


Yahya bin Qaza’ah menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Said, daripada az-Zuhri, daripada Hind binti Harith daripada Ummu Salamah katanya : “Apabila Rasulullah SAW memberi salam, wanita-wanita bangun ketika selesai salam Baginda dan Baginda duduk sekejap pada tempatnya sebelum Baginda bangun. Katanya: Kami berpendapat wallahu a’laam, itu adalah bertujuan supaya wanita-wanita beredar lebih dulu daripada lelaki.” (Riwayat Bukhari)

Sebarang perkara yang mendatangkan fitnah, hendaklah dielakkan apalagi dalam mengerjakan ibadat solat sedangkan solat itu bertujuan mencegah kekejian dan kemungkaran.
Oleh itu, bagi wanita yang mengerjakan solat di masjid seboleh-bolehnya mengelak daripada sebarang fitnah yang berpunca daripada berbagai perkara seperti bertabarruj (berdandan atau bersolek), ikhtilath (bercampur antara lelaki dan perempuan), memakai wangi-wangian dan lain-lain.

Maka apabila selesai mengerjakan solat cepat-cepatlah pulang ke rumah dan jangan sekali-kali mendedahkan diri pada pandangan lelaki yang bukan mahram seperti yang dimaksudkan dalam hadis yang diriwayatkan.

Islam membolehkan perempuan muslimah keluar rumah untuk pergi bersembahyang, mencari ilmu, melaksanakan keperluan dan sebagainya, tetapi dengan syarat perempuan itu dapat menjaga maruahnya serta adab kesopanan supaya terhindar daripada fitnah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: