Haram lihat aurat orang lain walaupun sejenis


Bersama Zahazan Mohamed
Apakah hukumnya seorang perempuan melihat paha perempuan lain kerana saya tinggal di rumah sewa, ada kawan-kawan yang suka memakai seluar pendek. Apakah hukumnya seorang perempuan tidur sekatil dengan kawannya. Berdosakah jika seorang perempuan tertarik hati dengan lelaki kerana tubuhnya. Perkara itu berlaku kepada saya dan apa yang patut saya lakukan. Terima kasih ustaz.

HAKIMAH,
Johor Bahru.
Rasulullah SAW melarang melihat aurat orang lain sekalipun antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan lain, sama ada dengan syahwat atau tidak.

Diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain, dan tidak boleh seorang lelaki bercampur dengan lelaki lain dalam satu selimut, dan begitu juga perempuan dengan perempuan yang lain bercampur dalam satu selimut.”

Aurat lelaki yang tidak boleh dilihat oleh lelaki lain atau aurat perempuan yang tidak boleh dilihat oleh perempuan lain iaitu antara pusat dan lutut. Sedangkan aurat perempuan dalam hubungannya dengan lelaki lain ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.

Seorang lelaki boleh melihat perempuan (iaitu bahagian muka dan tapak tangan) tetapi tidak pada auratnya selama mana tidak diikuti oleh syahwat atau tidak dibimbangkan menimbulkan fitnah.

Hadis riwayat Abu Daud, daripada Aisyah, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian Baginda SAW berpaling dan bersabda: “Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini (sambil menunjukkan muka dan tapak tangan).”
Tundukkan pandangan

Islam memerintahkan kepada orang mukmin lelaki dan perempuan supaya menundukkan pandangan diiringi dengan perintah untuk memelihara kemaluan kerana pandangan seorang lelaki kepada perempuan dan seorang perempuan memandang lelaki.

Mata adalah kunci hati, pandangan adalah jalan yang membawa kepada fitnah dan sampai kepada perbuatan zina.

Sebuah syair Arab menyebut: “Semua peristiwa, asalnya kerana pandangan. Kebanyakan orang masuk neraka kerana dosa kecil. Permulaannya pandangan, kemudian senyum, lantas beri salam. Kemudian berbicara, lalu berjanji dan sesudah itu bertemu.”

Allah SWT berfirman: “Katakanlah kepada orang mukmin lelaki hendaklah mereka menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya kerana yang demikian itu lebih bersih bagi mereka. Sesungguhnya Allah meneliti terhadap apa yang kamu kerjakan. Dan katakanlah kepada orang mukmin perempuan, hendaklah mereka itu menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluannya.” (Surah Nur, ayat 30-31)

Dimaksudkan menundukkan pandangan ialah menjaga pandangan dan tidak dilepaskan begitu saja tanpa dikawal sehingga dapat melihat lelaki atau perempuan yang beraksi. Pandangan yang terpelihara ialah apabila memandang kepada jenis lain tidak mengamati kecantikannya dan tidak lama menoleh kepadanya serta tidak melekat pandangannya kepada apa yang dilihat.

Rasulullah SAW berpesan kepada Ali: “Wahai Ali! Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh.

Semua aurat itu haram dilihat dalam keadaan biasa (tidak terpaksa dan tidak memerlukan). Tetapi jika dalam keadaan terpaksa seperti untuk mengubat, maka haram itu boleh hilang. Tetapi bolehnya melihat itu dengan syarat tidak akan menimbulkan fitnah dan tidak ada syahwat. Kalau ada fitnah atau syahwat, maka kebolehan itu boleh hilang juga untuk menutup pintu bahaya.” (Riwayat Ahmad)

One response to this post.

  1. Posted by nusaibah ismail on 7 April 2019 at 11:25 pm

    assalamualaikum…skiranya badan pencegah maksiat, melihat wanita berbogel dan mngambil gambar sebagai bahan bukti adakah dibolehkan

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: