Menjaga keharmonian rumah tangga


Ustaz Zahazan Mohamed

Saya gadis berumur 28 tahun dan sudah bertunang. Insya-Allah akan berkahwin bulan depan. Masalahnya, sejak akhir-akhir ini saya sangat bimbang dengan perkahwinan kerana melihat kakak yang berkahwin rumah tangga mereka ada yang tidak tenteram. Saya takut rumah tangga saya juga mengalami masalah sama. Saya dalam dilema adakah mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.

HAFIZAH,
Pulau Pinang.

Jika saudari bertemu dengan pasangan suami isteri yang tidak harmoni hubungan mereka, bukan bermakna semua pasangan mengalami masalah sama. Masih banyak lagi suami isteri yang hidup bahagia. Memang kebahagiaan tidak datang begitu saja tetapi ia hendaklah diperjuangkan bersama. Kebahagiaan bukan sesuatu yang bersifat statik. Ia tidak juga terus menerus berada pada seseorang sepanjang hayatnya. Hidup mengalami pasang naik dan pasang surut. Justeru, manusia hendaklah berjuang untuk terus memelihara keharmonian hubungan mereka.

Alami gangguan

Di samping itu, kita hendaklah menyedari bahawa bersendirian memang menjadikan hati kita tenang tetapi tidak selalu dan selamanya kerana manusia akan kesepian jika hidup sendiri. Manusia tidak akan dapat tahan menyendiri sepanjang hidupnya. Kesepian membawanya mengelamun, gelisah dan takut. Dari sini ia mencari teman hidupnya. Anak kecil akan mencari ibunya, yang dewasa mencari yang sebaya dengannya. Masing-masing memberi dan menerima untuk keluar daripada kesepian dan kegelisahan.

Sekiranya kita memerhatikan wanita dan gangguan jiwa, kita akan mendapati wanita yang tidak berkahwin lebih kerap mengalami gangguan berkenaan berbanding wanita yang sudah berkahwin. Ini akibat perasaan kesepian, tiada ketenangan, dan cemburu terhadap wanita yang memiliki suami. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang dikurniakan Allah perasaan menyintai anak melebihi perasaan yang dianugerahkan kepada lelaki.
Berserah diri

Justeru, hendaklah berserah diri kepada Allah selepas kita berusaha semaksimum mungkin sambil membaca doa yang terdapat dalam al-Quran iaitu surah al-Furqan ayat 74 yang berbunyi: “Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’yunin waj’alna lil muttaqiina imama.” (Maksudnya: Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah buat kami daripada pasangan kami serta anak keturunan kami, penyejuk mata dan jadikan kami teladan bagi orang bertakwa.) Ayat atau doa ini memohon menjadikan pasangan dan anak sebagai penyejuk mata (penyenang hati) dan menjadikan yang berdoa sebagai teladan kepada orang yang bertakwa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: