Suami tak wajib biayai haji isteri


Zahazan Mohamed

Adakah seorang suami mempunyai kewajipan untuk membiayai isterinya menunaikan haji? Apakah kelebihan hari Arafah dan adakah puasa hari Arafah disunatkan kepada orang yang melakukan haji?

FADHILAH,
Klang. Haji satu daripada rukun Islam. Allah SWT berfirman: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, (iaitu) bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa yang mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali-Imran, ayat 97)

Ibadah haji diwajibkan bagi orang yang mampu melaksanakannya, sama ada dia memiliki kemampuan fizikal atau mampu dari segi ekonomi.

Sementara pemilikan harta antara suami dan isteri terpisah, sesiapa yang sanggup melakukan ibadat haji antara mereka berdua, sama ada isteri atau suami, maka seorang daripada mereka hendaklah pergi menunaikan haji.

Seorang suami tidak berkewajipan membiayai haji seseorang, demikian pula dengan isteri. Tetapi jika seorang daripada mereka ingin berbuat baik dengan memberikan bantuan supaya pasangan dapat menunaikan haji, tidak ada larangan.
Diriwayatkan Imam at-Tirmizi, daripada Abi Qatadah, Nabi SAW bersabda: “Puasa pada hari Arafah, sesungguhnya aku mengira Allah akan mengampuni dosa setahun sebelumnya dan tahun sesudahnya.”

Tak laksana ibadah haji

Hadis ini bagi orang yang tidak melaksanakan ibadat haji, iaitu orang yang berada di negaranya dan tidak melaksanakan ibadat haji. Sementara hukum berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang sedang melaksanakan ibadat haji, adalah antara haram dan makruh kerana ia sedang dalam ibadah dan perjalanan ibadat haji.

Rasulullah SAW pernah melarang berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang melakukan wukuf. Tetapi ibadat puasa pada hari Arafah sangat digalakkan bagi orang yang tidak melaksanakan ibadat haji. Manusia tidak digalakkan berpuasa selagi sedang dalam musafir.

Fadilat hari Arafah secara khusus antaranya, ibadat puasa yang dilakukan oleh orang yang tidak melaksanakan ibadat haji dapat menghapuskan dosa dua tahun, baik yang lalu atau yang akan datang apabila ia menjauhkan diri daripada dosa besar.

Syaitan juga nampak marah ketika melihat hari Arafah iaitu dengan pengampunan dosa yang Allah berikan kepada orang yang melaksanakan ibadat itu.

Mereka juga meninggalkan keindahan berzikir ketika berada di tengah manusia. Mereka ada tetapi sama saja dengan tidak ada. Kewujudannya tidak membawa sebarang erti dan makna.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: