Tabib buta


AL-ANTAKI atau nama lengkapnya Daud bin Umar al-Darir al-Antaki dilahir di Antiokia sebagai putera Kais (ketua) daripada Karyat Sidi Habib al-Najjar.

Sebagai seorang ilmuwan, beliau dikenali sebagai tabib, ahli fisioterapi, pakar ramuan ubat dan ahli ilmu jiwa. Beliau diberi gelaran Thabib Hazhiq al-Wahid.

Walaupun kedua-dua matanya buta, namun, itu semua tidak menjadi penghalangnya untuk berbakti serta kemudiannya dibawa serta belayar mengharungi samudera ke Asia kecil.

Di sana beliau mendalami bahasa dan kebudayaan Yunani kuno atas saranan seorang doktor yang berbangsa Parsi, malah beliau berjaya menyembuhkan penyakit yang amat lama telah dihidapinya agar beliau lebih konsisten dalam ilmu ketabiban.

Karya utama al-Antaki yang dinilai sebagai buku panduan kedoktoran dan perubatan yang lengkap dengan kupasan mendalam berjudul Tadhkirat Ulil al-Bab Wal Jami’lil ajab al-Ujab. Buku itu diterbitkan di Kaherah pada 1308-1309 / 1890-1891.

Buku tersebut dianggap sejajar dan amat berkualiti setanding dengan karya-karya ilmuwan Ibnu al-Baytar.

Malah, buku tersebut juga merupakan petunjuk atau rujukan mengenai sains di Eropah yang mula bergerak ke arah dimensi baru.

Selain itu terdapat juga karyanya yang berjudul Seni Bercinta yang dianggap sebagai penyokong ilmu kedoktoran dan/ perubatan.

Beliau juga pernah mengolah karangan Muhammad al-Sanay mengenai cinta dengan judul Tanzyim al-Aswak bi Tafsil Ashwak al-Ushshak. Setelah beberapa lama menetap di sana, beliau kemudiannya ke Mekah dan telah menyelesaikan sejumlah monograf yang ringkas.

Malah beliau juga telah menulis sebuah karya mengenai kecaman hebat para ahli falsafah yang berjudul Risalah fi Tair Wal Ukab dan karangan lain mengenai penggunaan astrologi dalam ilmu kedoktoran, iaitu Unmudhaj fi’ilm al-Falak.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121121/ba_02/Tabib-buta#ixzz2Cti8eL6a
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: