Iman kukuh hapus keraguan, was-was


Zahazan Mohamed

Soalan:
Ada kala terlintas dalam fikiran saya bagaimana yang dikatakan keadilan Tuhan. Ada sebahagian manusia hidup di dunia ditakdirkan kaya dan ada manusia ditakdirkan miskin. Mengapa Allah jadikan demikian. Bagaimana hendak meyakinkan saya dengan takdir Allah.

ISMAIL,Muar, Johor.

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan penyakit munafik) – Surah az-Zariyat, ayat 15

Jawapan:
Orang beriman ada kalanya memang akan mengalami was-was dan keraguan yang melintas dalam fikirannya. Akan tetapi apabila ia memiliki keimanan kuat serta mendapat taufik daripada Allah, rasa was-was dan ragu akan segera lenyap. Ia akan kembali ke wilayah iman serta cahaya akidah yang lurus sehingga hatinya menjadi tenang dan mantap.

Anda menjadi was-was disebabkan telah melakukan beberapa kesalahan besar yang menyelubungi diri antaranya kerana beranggapan kekayaan kebendaan adalah segala-galanya atau suatu perkara paling mulia dan agung dalam kehidupan ini. Anda menggambarkan keadilan Allah mestilah sama rata bagi setiap manusia, baik miskin mahupun kaya dalam pembahagian harta. Pandangan itu adalah kesalahan pertama. Oleh kerana itu hendaklah anda ketahui harta bukan segala-galanya dalam kehidupan. Banyak orang kaya tetapi miskin dalam ilmu dan kepandaian, tidak bijaksana, tidak sihat, kehidupan keluarganya tidak tenang, tidak punya anak, punya anak tetapi tidak salih, tidak punya isteri salihah dan masih banyak lagi perkara penting yang tidak dimilikinya. Banyak orang kaya yang memiliki harta berjuta-juta tetapi mereka makan seperti orang miskin makan disebabkan doktor melarang makanan mengandungi lemak, gula atau lainnya.

Harta itu hanyalah sebagai alat bagi kehidupan manusia. Semakin banyak orang memiliki harta, makin banyak tanggungjawabnya. Begitu juga hisabnya pada hari kiamat. Allah SWT berfirman bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan penyakit munafik).” (Surah as-Syu’ara, ayat 88-89)
Diriwayatkan at-Tabrani, daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda: “(Ingatlah) suatu hari yang kedua-dua kaki manusia tidak akan beranjak sehingga ditanya kepadanya empat perkara: umur untuk apa ia habiskan, masa mudanya untuk apa dihabiskan, hartanya dari mana ia peroleh dan ke mana ia belanjakan serta ilmunya dimanfaatkan untuk apa?”

Masih banyak hal dimiliki manusia yang lebih mahal dan lebih berharga daripada harta. Orang yang tergesa-gesa dan dangkal cara berfikirnya, memang akan mudah melupakan nikmat diberikan Allah kepadanya. Padahal jika mahu menghitungnya, nescaya tidak terhitung. Contohnya, nikmat mata, bolehkah anda tentukan harganya. Seandainya ada orang menawarkan sekian ribu atau sekian juta, apakah anda mahu menyerahkannya?

Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.” (Surah Ibrahim, ayat 34)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: