HUKUM KORBAN UNTUK MAYAT


Soalan kelapan belas : Apakah hukum melakukan ibadat korban untuk orang lain atau pun mayat?

Melakukan ibadat korban untuk orang lain tidak sah melainkan dengan izinnya tetapi diharuskan bagi seorang ayah atau pun datuk membuat korban dengan hartanya sendiri untuk anak atau pun cucunya. Ini adalah pendapat dalam mazhab Syafi’e yang mana diambil berdasarkan ayat 39 surah an-Najmu yang bermaksud :Dan bahawasanya seseorang manusia tidak memperolehi selain apa yang telah diusahakannya.
Begitu juga melakukan ibadat korban untuk mayat tidak sah melainkan apabila diwasiatkan supaya berbuat demikian oleh si mati sebelum mati. Jika si mati mewasiatkannya maka diharuskan untuk melakukan ibadat korban untuk mayat dan daging korbannya mesti disedekahkan semua kepada fakir miskin dan tidak boleh dimakan oleh keluarganya dan juga orang kaya kerana tidak mendapat keizinan daripada si mati.

Soalan kesembilan belas : Apakah hukum jika tujuh orang yang berkongsi pada seekor lembu itu sedangkan mereka berlainan niat mereka?

 

 

Hukumnya sah dan memadai korban itu seperti ada yang berniat untuk korban, ada yang berniat untuk aqiqah, ada yang berniat untuk berniaga dan sebagainya. Daging korban dibahagi sama rata kepada ketujuh-tujuh mereka yang melakukan korban itu dan hukum dagingnya berdasarkan apa yang diniatkan oleh mereka itu samada korban, aqiqah, berniaga dan sebagainya.

Soalan kedua puluh : Apakah hukum niat ketika melakukan ibadat korban dan bagaimana hukumnya jika seseorang itu mewakilkan niatnya kepada orang lain?

 

 

Wajib berniat ketika melakukan ibadat korban yang mana dia berniat menjadikan binatang itu sebagai korban bagi orang yang berkorban ketika menyembelihnya.
Niat boleh diwakilkan kepada orang lain yang sudah mumayyiz iaitu ketika menyerahkan binatang korbannya kepada wakilnya atau pun ketika binatang korbannya disembelih.

Advertisements

3 responses to this post.

  1. assalamualaikum ..

    1.Untuk korban yang dikongsi 7 org.Adakah keatas seekor lembu?

    2.Adakah sah korban yang dilakukan jika tidak mencukupi 7 org untuk dikongsi?

    3.Apakah hukum keatas niat seseorang untuk membuat korban, tapi dia tidak pasti bilakah dia kan
    melakukannya?.Andainya dia tidak sempat menunaikan niatnya,adakah orang yang masih hidup perlu
    melaksanakan niatnya.?

    Balas

    • 1.Adakah hukum bagi seseorang yg bernazar untuk melakukan korban,tapi tidak sempat melaksanakannya(meninggal) dan tidak meninggalkan wasiat kepada org yang masih hidup,tetapi mempunyai haiwan yg di ternak(lembu)secara kecil-kecilan.?

      2.Adakah org yang masih hidup boleh bekongsi haiwan yang hendak dibuat korban dengan si mati?

      Balas

  2. Saya harap jawapan dr soalan saya dihantar kpd e_mail saya.

    Sekian terima kasih.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: