Perawi berwibawa tentu kesahihan hadis


Bersama Ustaz Zahazan
Soalan:

SAYA ingin penjelasan hadis mengenai ‘perbezaan pandangan dalam kalangan umatku adalah rahmat’. Ada mengatakan ungkapan ini bukan hadis, benarkah demikian. Satu lagi, hadis tuntutlah ilmu walau ke negeri China. Adakah ini memang hadis atau bagaimana kedudukannya. Harap dapat pencerahan daripada ustaz.
WAHAP, Alor Setar, Kedah.

Jawapan:

LAMA berbeza dalam menilai kesahihan sebuah riwayat, berdasarkan kaya atau tidaknya maklumat mereka mengenai perawi, atau ketat tidaknya dalam menilai serta cara pemahaman kandungan sesebuah hadis.

Dari sudut lain, hadis dinilai daif meskipun ulama masih memberi kelonggaran untuk diamalkan dengan hujah sebagai dorongan mengamalkan hal yang positif dan mempunyai dasar hukum meskipun bersifat umum.
Hadis ‘perbezaan pendapat dalam kalangan umatku adalah rahmat’ adalah ungkapan tidak dikenal perawinya. Oleh itu, ulama menilainya sebagai riwayat tidak memiliki dasar. Pakar hadis bersusah payah cuba menemukan rangkaian sanad atau perawinya tetapi gagal.

Imam an-Nawawi mengemukakan pendapat Subki yang menyatakan: “Saya tidak menjumpai sanadnya, baik yang sahih (shahih), lemah (daif), atau palsu (maudhu’). Imam As-Suyuti pula bersangka baik dengan mengatakan: “Boleh jadi rangkaian sanadnya ada dalam kitab ulama tetapi kitab itu tidak sampai kepada kita.”

Ada yang menilai makna hadis ini sangat buruk. Contohnya Ibn Hazm dalam kitabnya al-Ihkam menyatakan: “Jika perbezaan adalah rahmat, maka kesepakatan tentu menjadi kemur-kaan.”

Ulama lain menggunakan ungkapan itu, meskipun bukan sebagai hadis menyatakan perbezaan dimaksudkan di sini adalah dalam masalah hukum.

Perbezaan ini menjadi rahmat kerana dengan perbezaan, umat memperoleh beberapa alternatif pengamalan. Namun, ia disepakati ulama sebagai ungkapan yang tidak sah dinisbahkan atau disandarkan kepada Nabi SAW.

Manakala hadis ‘tuntutlah ilmu, walau ke negeri China’ diriwayatkan antaranya oleh Ibnu ‘Adi, Abu Nu’aym dalam kitabnya Akhbar Ashfahan, Abu al-Qasim al-Qusyairi (kitab al-Arba’in) dan melalui Hasan bin ‘Athiyyah daripada Abu ‘Atikah.

Semua pengarang kitab itu meriwayatkan lanjutan potongan hadis berkenaan iaitu ‘kerana sesungguhnya menuntut ilmu adalah kewajipan setiap Muslim’.
Sesudah menulis hadis itu, Ibnu ‘Adi memberi komentar mengenai walau ke negeri Cina: “Saya tidak mengetahui ada yang meriwayatkan hadis ini kecuali melalui Hasan Athiyyah.”

Padahal beberapa ulama menilainya sebagai seorang yang lemah. Penilai lain melihat kelemahan hadis itu pada perawi Abu Atikah yang disepakati sebagai lemah dan bahkan sangat lemah. Imam al-Bukhari menilainya sebagai orang yang ditolak hadisnya (mungkar al-hadis). Imam Ahmad menolaknya secara keras, manakala Imam an-Nasa’I menilainya sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: