Jihad rakyat Palestin terus bersemarak


Oleh Mohd Fadly Samsudin

HAMPIR setiap hari, rejim Zionis membunuh, memusnahkan tempat tinggal serta melakukan pelbagai kerosakan lain di bumi Palestin.

Sejak penubuhan negara Israel 64 tahun lalu, ribuan rakyat Palestin terkorban dan jutaan lagi menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Bagi yang masih hidup, terpaksa menerima hakikat mereka tinggal sebatang kara; anak kehilangan ibu bapa, isteri kehilangan suami dan begitulah sebaliknya.

Namun, jihad rakyat Palestin terus ‘membara’ bagi mempertahankan hak serta negara tercinta walaupun bagi Zionis, pembunuhan rakyat Palestin satu perkara biasa.

Itulah secebis gambaran yang disampaikan Pemimpin Gerakan Islam Wilayah Palestin 1948, Sheikh Raed Solah ketika mengunjungi negara ini yang dibawa oleh Aman Palestin, baru-baru ini.

Sheikh Raed yang turut mendapat gelaran Sheikh Al-Aqsa di kalangan media antarabangsa itu membuktikan beliau bukan tokoh pejuang retorik, namun sanggup menjadi benteng manusia mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Beliau mendedahkan, kebiadapan dan kezaliman Zionis cukup keterlaluan apabila tidak menghormati tanah perkuburan umat Islam.

“Rejim Zionis sanggup membongkar kubur kemudian mencampak tulang ke laut.
“Kemudiannya, bekas tapak perkuburan itu dibangunkan hotel, sekolah, jalan raya dan rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, terdapat sebuah perkampungan yang digelar Araqeeb musnah selepas menerima lebih 40 kali serangan rejim Israel.

“Namun, saya kagum dengan semangat rakyat kami yang sanggup membangunkan kembali rumah yang musnah setiap kali dibom.

“Mereka turut membakar kebun dengan pesawat dan memusnahkan tanaman. Semua itu dilakukan untuk memisahkan kami dengan harta serta pemilikan kami,” katanya.

Menurutnya, walau apa yang berlaku mereka tetap akan mempertahankan meskipun berdepan maut.

“Kami diberi dua pilihan, sama ada berjuang untuk hidup mempertahankan tanah air sendiri atau gugur sebagai syuhada. Insya-Allah, kami akan mendapatkan kembali Masjid Al-Aqsa,” katanya.

Katanya, isu pembebasan Masjidil Aqsa adalah tanggungjawab dan kewajipan umat Islam di seluruh dunia.

“Sehingga kini, Israel menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa selama 40 tahun, tetapi gagal menemui apa yang mereka mahukan (peninggalan warisan Yahudi).

“Penggalian itu masih terus dilakukan untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam,” katanya

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: