Bapa mesti adil kepada semua anak


Zahazan Mohamed

Ayah saya suka melebih-lebihkan anak dengan isteri mudanya. Ibu kami adalah isteri pertama dan tindakan itu membuat kami berasa cemburu kepada adik yang juga anak isteri kedua ayah. Apakah hukum seorang ayah yang memberatkan kasih sayangnya kepada anak tertentu? Harap ustaz dapat jelaskan.

ABDUL AZIZ,Melaka.

Sememangnya ada kalangan ibu bapa yang sengaja memberikan layanan istimewa kepada sebahagian anaknya dengan diberikan pelbagai macam pemberian, sedangkan anak yang lain tidak demikian.
Menurut pendapat yang kuat, perbuatan seperti itu hukumnya haram jika tidak alasan yang membolehkan. Contohnya, anak itu memang dalam keadaan berbeza dengan anak yang lain seperti sedang sakit, dikelilingi hutang sehingga tidak mampu membayar atau tidak mendapat pekerjaan.

Jika si ayah memberikan anaknya sesuatu dengan sebab yang dibenarkan syarak, hendaklah ia berniat jika anaknya yang lain dalam keadaan sama, ia akan memberinya juga.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah.” (Surah al-Maidah)

Rasulullah anjur keadilan

Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Nu’man bin Basyir: “Suatu hari si ayah mengajaknya kepada Rasulullah SAW. Si ayah berkata: “Sesungguhnya aku telah memberikan kepada anakku ini seorang hamba. Rasulullah SAW bertanya: Adakah setiap anakmu juga engkau berikan perkara yang sama? Ia menjawab: Tidak! Lalu Rasulullah SAW bersabda: Kembalikanlah (hamba itu).”

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda: “Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah di antara anakmu. (Ia berkata): Kemudian ia pulang lalu mengembalikan pemberiannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Manakala dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika begitu janganlah engkau menjadikanku saksi, kerana aku tidak memberikan kesaksian atas sesuatu kezaliman.”

Boleh cetus cemburu

Apabila kita perhatikan keadaan sebahagian keluarga, ada ibu bapa yang tidak takut kepada Allah dalam soal mengutamakan sebahagian anak berbanding anaknya yang lain dengan pelbagai pemberian menyebabkan anak saling cemburu, menimbulkan permusuhan serta kebencian.

Ada ayah yang mengutamakan salah seorang anaknya hanya kerana rupa muka anak tersebut mirip dengan keluarga daripada pihak ayah sedang yang lain dianaktirikan semata-mata kerana lebih menyerupai wajah keluarga pihak ibu.

Atau ia mengutamakan anak daripada salah seorang isterinya, sedangkan anak isteri lain tidak dipedulikan. Contohnya, ayah memasukkan anak isteri paling disayang ke sekolah terkenal, sedangkan anak lain tidak demikian.

Perbuatan ayah itu kelak dibimbangi akan memakan dirinya sendiri kerana pada kebiasaannya, mereka yang dianaktirikan tidak mahu membalas budi orang tuanya.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah engkau suka jika mereka semua berbakti kepadamu.” (Riwayat Ahmad)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: