Hukum qada solat untuk keluarga yang sudah meninggal dunia


Antara ibadat yang jelas boleh diqada oleh orang lain bagi pihak si mati ialah ibadat puasa dan haji seperti yang disebut dalam pelbagai riwayat hadis. Antara hadis yang menyentuh mengenai qada puasa bagi si mati ialah sabda Rasulullah SAW bermaksud: Sesiapa yang meninggal dunia dan masih terhutang puasa, maka hendaklah walinya (warisnya) berpuasa bagi pihaknya. ( HR Bukhari dan Muslim).

Mengenai ibadah haji pula, sabda Baginda kepada seorang wanita yang bertanya mengenai ibunya yang tidak sempat menunaikan haji, sedangkan beliau telah bernazar untuk berbuat demikian. Laksanakanlah haji untuk ibumu. (HR Muslim dan Ahmad).

Mengenai qada solat, tidak terdapat riwayat bahawa Rasulullah SAW memerintahkan supaya solat yang ditinggalkan oleh seseorang diqada oleh orang lain. Berdasarkan kedudukan ini, jumhur ulama menyatakan bahawa solat tidak boleh diqada oleh orang lain sama ada oleh anak dan sesiapa saja lebih-lebih lagi apabila membabitkan bayaran tertentu.

Antara fatwa semasa yang menyokong pandangan ini ialah fatwa yang dikeluarkan oleh Lujnah Fatwa Al Azhar dan Mufti Saudi Almarhum Syeikh Abdul Aziz bin Baz.

Namun ada juga sebahagian ulama yang membolehkan solat diqada oleh pihak waris berdasarkan fatwa Ibnu Umar kepada seorang wanita yang bertanya mengenai ibunya yang bernazar untuk solat di masjid Quba tetapi meninggal dunia sebelum sempat menunaikan nazarnya.

Ibnu Umar berkata kepada wanita tersebut: Tunaikanlah solat bagi pihak ibumu. Kisah yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari ini menunjukkan bahawa solat itu yang asalnya adalah sunat menjadi wajib apabila dinazarkan. Oleh itu, tiada beza dengan solat fardu dari sudut kewajipannya. Namun, fatwa ini adalah pandangan sahabat saja dan terdapat juga riwayat lain yang bertentangan dengan fatwa berkenaan.

Mengenai menghadiahkan pahala solat sunat kepada waris yang telah meninggal dunia, maka ia termasuk dalam kategori ihsan atau berbuat baik kepada si mati berdasarkan hadis: Antara (bentuk) berbuat baik kepada ibu bapa itu ialah engkau solat untuk mereka bersama solatmu… (HR Daruqutni).

Walau bagaimanapun, ada juga ulama yang berpandangan bahawa solat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah doa berdasarkan kepada makna asal solat dari sudut bahasa

One response to this post.

  1. Posted by Bella on 8 Jun 2019 at 11:22 pm

    Terima kasih untuk info yang sangat bermanfaat. Tetapi menjadi persoalan di minda saya selepas kematian abah saya minggu yang lepas tentang solat ganti dan cara niat. Saya masih samar samar dan agak kabur tentang perkara ini. Saya hanya tahu cara niat solat ganti diri sendiri. Tapi saya tidak tahu cara niat solat ganti bagi arwah. Mohon pencerahan

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: