Giralda de Seville asalnya menara masjid


Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN

Institusi

SEPANYOL sebenarnya sarat dengan sejarah tamadun Islam yang mana kehebatannya sampai sekarang tidak boleh ditandingi.

Salah satu daripada buktinya, negara tersebut memiliki bukan sedikit bangunan yang cukup unik dengan sejarah yang tersendiri terutama yang berkaitan dengan Islam.

Antara bangunan yang dimaksudkan ialah Alhambra di Granada, Torrre del Oro di Seville, Mezquita-Katedral De Cordoba, Reales Alcazarez di Seville dan Giralda de Seville.

Alhambra terletak di Bukit La Sabica merupakan istana peninggalan Bani Ummayah ketika Sepanyol kekal dengan nama lamanya iaitu Andalusia.

Manakala, Torre del Oro lazimnya disebut Gold Tower merupakan menara tinjau tentera yang terletak di sebuah benteng pertahanan yang menghubungkan Alcazares dengan dermaga. Kedudukannya pula sangat strategik.

Mezquita-Katedral de Cordoba pula biasanya disebut sebagai masjid-katedral (Cordoba) asalnya gereja, kemudian bertukar menjadi masjid zaman Andalusia sebelum kembali sebagai gereja.

Bagi Reales Alcazarez di Seville pula, ia adalah istana yang dibentengi oleh asas binaan yang cukup kukuh. Dibina sewaktu pemerintahan Abd. Al Ramn III pada 913 Masihi. Antara keistimewaan bangunan itu ialah ia memiliki banyak bilik, teras dan ruang bervariasi dengan gaya Islam neoklasik.

Sebuah lagi menara yang cukup kaya dengan khazanahnya ialah Giralda de Seville atau Masjid Agung Sevilla. Pun begitu, ia lebih dikenali dengan nama Menara Giralda.

Kesemua bangunan bersejarah ini telah dikunjungi oleh rombongan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam lawatan kerja singkat ke Sepanyol, baru-baru ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs berkenan memimpin lawatan itu.

Misi ke sana bertujuan menggarap seberapa banyak pengalaman, ilmu dan perkongsian bermakna untuk dibawa pulang dan dipraktikkan di MAIPs, khasnya dan negeri Perlis sendiri, amnya.

Lawatan tersebut juga bagi menjejak tamadun Islam dan mengangkasakan keterlihatan MAIPs serta mempromosikan institusi tersebut di peringkat antarabangsa.

Berbalik kepada Masjid Agung Sevilla yang pernah berfungsi sebagai menara lonceng katederal, seiring dengan lahirnya kekuasaan Kristian di Sepanyol.

Giralda merupakan simbol paling terkenal di Sevilla kerana saiznya yang cukup besar dengan keluasan 1,361 meter persegi manakala ketinggiannya pula 104.5 meter (343 kaki). Ia menjadi salah satu simbol terpenting dalam bandar zaman pertengahan Seville.

Sebenarnya, Giralda adalah sebuah menara masjid yang kemudianya dijadikan Cathedral of Seville. Di situlah terletaknya kubur Christopher Columbus. Columbus disemadikan di Sepanyol kerana meninggal dunia di Valladolid pada 20 Mei 1506.

Menara itu mula dibina di bawah arkitek Ahmad Ben Baso pada tahun 1184 Masihi. Selepas kematian Ben Baso, arkitek lain menyambung pembinaannya.

Sesudah itu, pembinaannya diselesaikan oleh seorang lagi arkitek tersohor iaitu Jabir (atau Geber) yang terkenal melalui ciptaannya yang indah dan bermutu tinggi. Menara itu siap dibina pada 10 Mac 1198 Masihi.

Selepas Seville diambil alih oleh puak Kristian sewaktu Reconquista, masjid bandar itu kemudiannya ditukar menjadi gereja.

Struktur masjid itu rosak teruk dalam suatu gempa bumi pada 1356 Masihi. Pada 1401 Masihi, pemerintahnya mula membina katedral di lokasi yang sama, sehingga ia muncul sebagai salah sebuah gereja terbesar di dunia.

Yang selamat dalam kejadian gempa bumi itu ialah Menara Giralda. Tetapi, sferanya yang jatuh pada kejadian gempa bumi pada 1365 Masihi itu telah digantikan dengan salib dan loceng

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: