Jejak al-Quran di dunia Barat


TERJEMAHAN al-Quran Lex Mahumet Pseudopprophete karya Petrus Agung dapat diterima oleh bangsa Eropah. Pada waktu singkat ia tersebar luas di tengah-tengah masyarakat bukan Muslim.

Bahkan terjemahan tersebut menjadi rujukan terjemahan al-Quran untuk bahasa-bahasa lain seperti; Itali, Inggeris, Jerman, Perancis dan Belanda.

Terjemahan al-Quran pertama dalam bahasa Latin dibuat oleh Petrus Agung, namun terjemahan al-Quran karya Marcci itu menyertakan teks Arab dan ulasan panjang berisi penolakan terhadap Islam pada tahun 1691.

Terjemahan al-Quran karya Maracci itu kemudian dicetak di Eropah tahun 1687.

Sebelumnya sekitar tahun 1209 atau 1210, usaha penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa Latin juga telah dilakukan oleh Marco de Toledo. Beliau adalah seorang doktor dan pastur berbangsa Sepanyol. Pada period seterusnya penterjemahan al-Quran ke bahasa Latin juga di lakukan oleh Abraham Hankelmann, seorang pendeta di Hamburg, Jerman. Kemudian Hankelmann mencetak terjemahan al-Quran tersebut pada tahun 1694.

Namun dari sekian banyak terjemahan al-Quran versi bahasa Perancis, terjemahan yang paling menarik adalah milik C. Savari. Terjemahan tersebut pertama kali dicetak di Paris pada tahun 1750 dan mengalami ulang cetak sebanyak 28 kali pada tahun 1788.

Karya terjemahan al-Quran berbahasa Perancis yang terbaharu adalah dilakukan oleh seorang ahli budaya dan bahasa Arab serta pensyarah pada Universiti Perancis. Terjemahan yang menyertakan penjelasan dan ulasan terhadap al-Quran itu dicetak pertama kali pada tahun 1990.

Edisi al-Quran dua bahasa (Belanda-Arab) mula diterbitkan pada tahun 1953 di Rabwah, Pakistan dengan judul De Heilige Qora’aan. Kemudian disusul dengan penerbitan edisi serupa pada tahun 1989 dengan nama De Koran. Sementara karya terjemahan al-Quran berbahasa Belanda yang terbilang baharu adalah yang dibuat oleh Kader Abdollah tahun 2008.

Terjemahan al-Quran di Nusantara: Terjemahan al-Quran di Nusantara atau di dunia Melayu khususnya di Malaysia memang banyak telah diusahakan oleh pengarang dan penulis Melayu seperti Tafsir al-Quran al-Hakim oleh Mustaffa Abdul Rahman Mahmud, cetakan pertama tahun 1949. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran penyemak dan penterjemah oleh Muhammad Noor Ibrahim dan Sheikh Abdullah Mohd. Basmeih, dengan izin dan di bawah kawalan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pusat Islam Malaysia dengan cetakan pertama, Mei 1980 oleh Yayasan Islam Terengganu.

Manakala Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh Sayyid Qutub diterjemahkan Oleh Yusoff Zaky Yaakob dan dicetak pertama kali oleh Dian Darul Naim Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1983 sehingga selesai terjemahannya 30 juzuk.

Pada 19/1/1999, pukul 4.25 pagi pada Hari Raya Aidilfitri, Yusoff Zaky (yang sebelumnya mendapat anugerah Datuk), dan juga guru kepada penulis ini telah kembali ke rahmatullah.

Semoga arwah semua yang terlibat penterjemahan al-Quran, khususnya di dunia Melayu dicucuri rahmat daripada Allah SWT. Amin

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: