Nikah Khitbah alternatif cegah masalah sosial


Nur Aisar Noordin

SEJAK akhir-akhir ini seringkali kita membaca di dada akhbar ada sahaja kes pembuangan bayi, membunuh janin, seks bebas, ditangkap khalwat, penzinaan dan seumpamanya. Saya selaku mahasiswi universiti tempatan rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat serta pandangan terhadap isu yang di paparkan.

Kenapa hal ini masih berlaku? Semalam, 29 Mac 2012, kita digembar-gemburkan dengan berita penemuan mayat bayi dalam sebuah beg yang dilaporkan oleh Raiham Mohd Sanusi, terbitan akhbar Sinar Harian, tidak ketinggalan rentetan cerita kehilangan gadis-gadis yang melarikan diri atau dilarikan bersama kekasih, terutamanya kepada remaja-remaja yang mempunyai masa depan cerah.

Apakah puncanya? Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Kita perlu bertindak sekarang bak kata pepatah Melayu “Mencegah lebih baik daripada merawat” – jawapannya ialah Khitbah (nikah gantung), ia adalah merupakan jalan penyelesaian yang terbaik dan mengikut kehendak syara’ Islam dengan zaman era globalisasi yang penuh teknologi semasa.

Khitbah secara literalnya, menurut bahasa ia membawa maksud pertunangan, meminang, melamar, secara adat dan syara, bukanlah perkahwinan. Ia hanya merupakan mukadimah (pendahuluan) bagi perkahwinan. Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar.

Akad khitbah dalam masyarakat Arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan, maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya.

“Andai berlaku kehamilan, pasangan tidak perlu panik dan jauhkan diri dari keluarga kerana keluarga mereka akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Dunia kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak, apatah lagi pembuangan bayi yang tidak berdosa di tambah pula dengan kes penculikan serta kes kehilangan anak-anak gadis, sama ada mengikuti kekasih atau dilarikan. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu?

Dua tahun yang lepas laporan dari akhbar Sinar Harian, pada 24 Ogos 2010, Pas telah melancarkan kempen nikah gantung serta meminta kerajaan laksanakan empat perkara untuk mengelakkan kes pembuangan bayi berlaku. Antara empat perkara tersebut adalah memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin, memberi insentif sebagai galakan kahwin, mengurangkan karenah biroraksi dan memberi kursus kahwin percuma.

Berdasarkan firman ALLAH s.w.t yang bermaksud “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang [lelaki dan perempuan] dari kalangan kamu dan orang–orang yang soleh dari hamba–hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLAH akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana ALLAH s.w.t Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An Nuur: Ayat 32).

Menurut Prof. Dr. Rosni Samah, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) “bagi saya untuk mengelakkan semua perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak seseorang seperti kes penzinaan, pembuangan bayi dan sebagainya, ibu bapa harus memberi perhatian dengan gejala sosial yang semakin berleluasa seperti cendawan  yang tumbuh selepas hujan di samping itu sokongan ibu bapa juga adalah penting untuk mengelakkan hal sebegini berlaku dalam kalangan anak-anak mereka.”

Tegasnya saya sebutkan di sini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam.

Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak ke kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka ALLAH swt itulah yang paling ditakuti.

Advertisements

One response to this post.

  1. Reblogged this on Ansar As-Sunnah.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: