Archive for Mac 2012

Setiap makhluk dicipta sesuai fitrah kejadian

Soalan: BENARKAH manusia makhluk paling sempurna dan mulia? Adakah ini bermakna makhluk lain tidak sempurna?

RASHID,

Seri Kembangan, Selangor.

Jawapan: TIADA perselisihan dalam kalangan ulama berhubung kesempurnaan penciptaan manusia. Banyak dalil agama dapat dikemukakan untuk membuktikannya. Antaranya seperti dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.” (Surah at-Tin, ayat 4)

Kesempurnaan manusia lahir apabila sempurnanya fizikal dan mental sehingga mampu melaksanakan fungsi sebagai khalifah. Allah SWT mencipta manusia dengan potensi demikian sehingga manusia adalah makhluk paling sempurna untuk tujuan ini, bahkan lebih sempurna daripada malaikat

Ayat ini berkaitan dengan kesempurnaan manusia dibandingkan dengan makhluk lain dan makna kesempurnaan. Tetapi jika kita lihat, ada juga ayat menyebut secara tegas mengenai kesempurnaan ciptaan Allah SWT seperti firman-Nya bermaksud: “(Allah) menciptakan segala sesuatu dengan sebaik-baiknya (sesempurna) penciptaan dan Dia memulai ciptaan manusia daripada tanah.” (Surah as-Sajdah, ayat 7)

Kesempurnaan manusia dan makhluk lain ciptaan Allah hendaklah dilihat fungsi dan tujuan penciptaannya.

Kesempurnaan manusia lahir apabila sempurnanya fizikal dan mental sehingga mampu melaksanakan fungsi sebagai khalifah. Allah SWT menciptakan manusia dengan potensi demikian sehingga manusia adalah makhluk paling sempurna untuk tujuan ini, bahkan lebih sempurna daripada malaikat. Iblis dicipta Allah untuk menggoda manusia adalah makhluk sempurna melebihi kesempurnaan manusia dan malaikat dalam hal menggoda dan merayu. Setiap makhluk dicipta sesuai dengan fitrah kejadian dalam bentuk sebaik-baiknya.

Fitrah ialah unsur dan sistem Allah anugerahkan kepada setiap makhluk. Fitrah ialah apa diciptakan Allah dalam diri manusia. Ia adalah gabungan unsur tanah yang melahirkan jasmani manakala unsur rohani melahirkan akal dan jiwa.

Kecenderungan kepada lawan jenis adalah fitrah manusia. Ingin memiliki keturunan dan cinta ialah fitrah manusia. Allah menciptakan manusia dengan beberapa gambaran fitrah di atas. Penciptaan (selain Adam, Hawa dan Isa) semuanya hingga kini berlaku melalui pertemuan sperma dan ovum.

Perkara menarik ketika Allah mengkhabarkan penciptaan Adam, Dia menggunakan kalimah: “Aku menciptakan (khalaqtu)”. Tetapi ketika berbicara mengenai manusia, kalimah digunakan berbentuk pasif: “Diciptakan (khuliqa) atau Kami ciptakan (khalaqna).

Kata ‘Kami’ menunjuk kepada Tuhan biasa digunakan untuk memberitahu keterbabitan selain Tuhan dalam kerja dimaksudkan. Ini bererti ketika Allah menyatakan “Kami menciptakan manusia”, bermakna ada keterbabitan ibu dan bapa dalam proses kejadian itu.

Keterbabitan ini tidak hanya memilih jodoh atau mempertemukan sperma dan ovum melainkan mencipta suasana psikologi serta memilih makanan tertentu bagi perkembangan janin.

Dalam Islam dianjurkan mencipta suasana harmoni ketika mengadakan hubungan suami isteri seperti berdoa. Begitu juga ibu mengandung mesti makan makanan tertentu demi kesihatan janinnya.

Dalam buku at-Thifl bayan al-Waratsah waat-Tarbiyah, Syaikh Taqiyuddin Falsafi mengemukakan riwayat keagamaan. Antaranya, “Berilah kurma kepada wanita pada bulan dia melahirkan kerana akan menjadikan anaknya berlapang dada dan bertakwa.”

Makanan penting dalam pembentukan sifat janin. Cacat dan sengsara pada janin adalah yang cacat dan sengsara dalam perut ibunya. Bahagia atau sempurna janin adalah yang bahagia dan sempurna dalam perut ibunya. Justeru, kandungan ibu adalah faktor utama kesempurnaan atau cacatnya bayi. Dapat dilihat cacat fizikal dan mental bayi boleh jadi akibat daripada ibu bapanya ketika hubungan, mahupun ketika dalam kandungan. Dari sini kita dapat fahami mengapa Allah menggunakan perkataan “Kami” ketika mengkhabarkan mengenai keturunan manusia. Demikianlah, wallahualam.

Hukum fiqah fleksibel, beri keringanan pesakit tunai solat

Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

SOLAT tiang agama dan sesiapa yang tidak menunaikannya diibaratkan sebagai meruntuhkan agamanya. Rasulullah SAW sangat menitik beratkan aspek solat malah sehingga saat terakhir hayat Baginda pesanan agar umatnya bersolat masih bermain di bibirnya yang mulia itu.

Dalam apa keadaan sekalipun, solat tidak boleh sama sekali dilekakan termasuklah tatkala kita dilanda penyakit pada anggota tubuh badan. Namun, kajian sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang mendapati hanya 15 peratus saja pesakit Muslim yang menunaikan solat ketika terlantar di hospital sangat mengejutkan kita semua.

Islam memudahkan umatnya dalam mengerjakan sesuatu yang disyariatkan. Begitu juga dalam hal solat. Misalnya untuk berwuduk yang dikirakan oleh sesetengah pesakit mendatangkan kesulitan, maka Islam memberikan keringanannya.

Tetapi kena ingat bahawa selagi seseorang pesakit itu masih mampu berwuduk, maka hendaklah berwuduk sebagaimana kaedah biasa.

Tetapi dalam kes di mana pesakit sudah tidak mampu untuk membasih anggota badannya ketika berwuduk, maka cukuplah sekadar dia mengusapnya walaupun dengan menggunakan sehelai kain basah.

Hal bertepatan dengan pesanan Rasulullah SAW yang menyatakan, ‘apabila kamu sekalian aku perintahkan, maka kerjakanlah mengikut kemampuanmu.’

Dalam kes pesakit tidak boleh menggunakan air, kaedah bertayamum perlu digunakan. Ada pula sesetengah kes tertentu, pesakit mengeluarkan darah tidak henti-henti sehingakan sukar untuk berwuduk atau bertayamum.

Bagaimana halnya dengan masalah sebegini? Darah yang mengalir tidaklah membatalkan wuduk kecuali darah yang keluar melalui dua jalan, dubur dan kubul. Selainnya pengaliran darah tidak membatalkan sama sekali wuduk sama ada darah itu dalam kuantiti sedikit ataupun banyak.

Begitulah keringanan yang diberikan kepada pesakit agar urusan solatnya tidak terhalang disebabkan sesuatu penyakit yang menimpa.

Dalam situasi lain, terdapat sesetengah pesakit mengalami kesukaran untuk menunaikan solat kerana dikatakan air kencingnya sentiasa menitis tanpa dapat disekat. Ulama berijmak bahawa dalam kes seperti ini, seseorang seharusnya meneruskan solat selepas berwuduk atau bertayamum meskipun air kencingnya menitis-nitis kerana dalam keadaan penyakit seumpama ini dianggap tidak membatalkan wuduk.

Malah dalam permasalahan ketika mendirikan solat, Islam begitu mengambil kira kedudukan kesihatan seseorang umatnya. Langsung tidak memberi beban kerana ada kaedah tersendiri dalam pelaksanaannya.

Pesakit yang sudah tidak mampu berdiri seperti orang biasa yang sihat, boleh bersolat dengan duduk. Jika secara duduk tidak mampu, harusnya dia solat dengan berbaring. Dalam sesetengah keadaan berbaring pun masih sukar untuk mengangkat atau menggerakkan anggota tubuh, maka tiada jalan lain lagi kecuali dengan menggerak-gerakkan saja anggota badan untuk bersolat.

Malah seandainya menggerakkan anggota badan pun sudah tidak berupaya dilakukan, Islam membenarkan jalan terakhir, iaitu dengan isyarat di hati.

Begitulah tingginya kedudukan solat dalam Islam sehingga dalam situasi apapun, ia tetap mesti ditunaikan apabila tiba waktunya. Betapa indahnya Islam memberikan kaedah untuk mempermudahkan umatnya agar dalam situasi apapun, dia mampu melaksanakannya.

Sepatutnya ketika kita sedang ditimpa kesulitan akibat sesuatu penyakit, hati dan jiwa kita semakin mengingati kepada kematian. Dengan ingat kepada mati, kita menjadi semakin bertekun untuk mendirikan solat.

Kesedaran dan keinsafan mesti tinggi bahawa apabila kita meninggal dunia, kemudian disemadikan di liang kubur, Malaikat Munkar dan Nakir akan mengajukan enam soalan yang antaranyanya ialah mengenai solat dan kiblat kehidupan.

Jadi, bagaimana kita mampu menjawab seandainya solat diabaikan ketika hidup. Apakah kita hendak menyatakan kita tidak bersolat lantaran ditimpa penyakit dan terlantar tidak dapat berwuduk dan bersolat sedangkan kaedah begitu fleksibel diberikan untuk pesakit atau mereka dalam keadaan uzur.

Kata Dr Abdullah al-Qarni, tokoh ulama dan penulis Arab yang terkemuka bahawa solat diwajibkan ke atas semua peringkat Muslim yang baligh lelaki dan perempuan, merdeka dan hamba, orang kaya dan miskin, orang bermukim dan bermusafir, orang sihat atau sakit, selama ia masih berakal. Dan ia tidak begitu bagi ibadat lain.

Dalam isu terdapat ramainya pesakit yang dikatakan liat untuk mendirikan solat ketika berada di hospital, adalah wajar pihak terbabit bertindak secara proaktif berganding bahu untuk memberikan kesedaran dan seterusnya menyalurkan pengetahuan sebenar agar mereka faham mengenai keringanan kaedah dalam solat.

Pihak berkenaan khususnya berkaitan dengan hal ehwal Islam juga wajar turun padang meninjau dalam usaha memantapkan pemahaman kepada pesakit. Pegawai agama mungkin sangat sesuai ditempatkan di hospital secara berkala kerana dengan pendekatan seperti ini akan mampu memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pesakit berhubung kewajipan solat hatta dalam situasi yang uzur.

Cakap banyak, mulut celupar tanda akhlak buruk

Bersama Ustaz Zahazan

SAYA ada beberapa soalan mengenai sikap seorang rakan saya yang mempunyai perangai menyakitkan hati. Kalau ditegur, dia kata memang begitu perangainya. Bolehkah seseorang yang mempunyai akhlak buruk berubah menjadi baik. Bagaimanakah yang dikatakan akhlak baik yang dikehendaki agama.

 

RASHID,

Klang, Selangor DE.

 

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Perbaikilah akhlak (budi pekerti) kamu sekalian.” Imam Ghazali menyebut dalam Ihya’ ulumiddin: “Bagaimana kita boleh menolak perubahan akhlak dan kelakuan pada manusia. Perubahan juga boleh berlaku pada binatang. Bukankah burung helang yang asal sifatnya liar itu boleh dijinakkan? Begitu juga dengan kuda yang degil dan menentang sifatnya, dapat dijinakkan menjadi patuh serta menurut. Semua itu adalah perubahan dalam akhlak dan sikap.”

 

Orang yang menyatakan akhlak atau sikap tidak mungkin boleh berubah, maka kita tanya kepadanya:

“Sekiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin untuk berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu sama lain, ataupun pendidikan.”

 

Hakikat budi pekerti itu adalah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan.

 

Jika yang terbit daripada perilaku itu perbuatan elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku ini dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit adalah perbuatan jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”

 

Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.

 

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”

 

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya.

10 Program Freemasonry Internasional

Oleh DimasRangga


Freemasonry, organisasi Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, memiliki sepuluh program internasional. Program ini dalam istilah Freemasonry dinamakan Harar atau Satanim, berlambangkan gurita berkaki sepuluh ular berbisa berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku baja.

Program Pertama

Program pertama dalam istilah Freemasonry dinamakan Takkim

# Pada masa Isa a.s.

orang orang yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa a.s. diantaranya fitnahan keji “ingin menjadi Raja Yahudi”yang disampaikan pada penguasa Romawi. Tetapi Allah SWT menyelamatkan Nabi Isa a.s. dan gantinya Yudas tersalib di Golgota. Maka setelah tiadanya nabi Isa, Yahudi berusaha menghancurkan ajran yang sudah disebarkan dengan “Takkim” yaitu :

  • Merusak ajarannya yang ada seperti menghalalkan yang halal dan sebaliknya
  • Merusak akidah dengan doktrin Trinitas
  • Merusak Injil yang ada dengan Injil palsu
  • Saul (Paulus) dijadikan tandingan Nabi Isa a.s.

# Pada Masa Islam

  • Pada masa Rasulullah orang-orang Yahudi memupuk Munafiqin dan Muhadin. Mereka diantaranya berusaha menfitnah istri Nabi, mengacaukan ajaran Islam, memecah belah kaum Anshor dan Muhajirin.
  • Memecah belah Ali r.a dan Muawiyah r.a. sehingga Aisyah turun tangan.
  • Membuat ratusan hadist-hadist palsu, memsukkan dongeng Israiliyat merubah penafsiran Al-Quran dan sebagainya
  • Mendangkalkan aqidah umat dengan filsafat Yunani sehingga timbul aliran kerahiban, tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya. Maka datangalah filsuf-filsuf Islam yang menguraikan akidah islam dengan jalan filsafat Yunani, menuruti pikiran Aflatun (Plato), Aristun (Aristoteles) dan lainya.
  • Membuat lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan Alquran dan hadist dengan alam pikiran Freemasonry.
    Menghidupkan sunnah-sunnah jahiliah dengan alasan melestarikan adat istiadat nenek moyang.
  • Menjadikan Islam supaya Tasyabbuh dengan Nasrani dan agama lain, diantaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulang tahun dan sebagainya

Program Kedua

Program kedua dinamakan “Shada”

Dalam istilah Freemasonry berarti membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia. Salah satunya yaitu di India ketika Islam bangkit untuk kembali ke Alquran dan Hadist dan mengobarkan Jihad fisabilillah, pihak penjajah Inggris bekerja sama dengan Freemasonry mendirikan gerakan anti Jihad. Antara lain yaitu dengan menggalakkan sufi dengan perantara ulama bayaran anggota Freemasonry. Ditunjukkanya seorang Freemason “Mirza Ghulam Ahmad”, ia mendakwakan dirinya sebgai Nabi akhir zaman , Bhuda awatara, Krisna, dan semacamnya. Rabithah Alam islami yang bersidang di Makkah 14-18 Rabiul Awal1394 memutuskan bahwa Ahmadiyah itu bukan Islam dan berkaitan dengan Zionisme. Dan kasus-kasus “aliran sesat islam” yang beredar di indonesia seperti sholat dua bahasa dan lainya, kemungkian besar berkaitan dengan program Freemasonry.

Program Ketiga

Program ketiga dinamakan parokim, dalam istilah Freemasonry:

  • Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan Mengembangkan Freemasonry lokal dalam suatu negara dengan nama lokal, tetpi tiada lepas dari asas dan tujuan Freemasonry.
  • Mendukung tori-teori bertentangan.
  • Membangkitkan kufarat dan menyiarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwin sehingga antara antara Ilmu pengetahuan dan agama bersaing, kalah mengalahkan.

Program Keempat

Program keempat dinamakan Libarim, dalam istilah Freemasonry :

  • Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui penyebaran kebebasan seksual
  • Menghapus hukum yang melarang kawin antaragama untuk menurunkan generasi bebas agama
  • Pengambangan pendidikan seks di sekolah-sekolah
  • Persamaan hak antara laki-laki dan perempuan dalam hal “kedudukan waris” dan “pakaian”
  • Mengembalakan pemuda-pemudi kedunia khayali, dunia musik, dan narkoba. Serta membuat bet satan (rumah setan) untuk menampung pemuda-pemudi kealamnya Mengorganisir kaum lesbian, guy, lutherianserta pengakuan hak mereka dalam hukum.

Program Kelima

Program kelima dinamakan Babill, dalam istilah Freemasonry yakni memupuk asas kebangsaan setiap bangsa dan menjaga kemurnian bangsa Yahudi.

Program Keenam

Program Kelima ini dinamakan Onan dalam istilah Freemasonry:

  • Mengekang pertumbuhan bangsa Goyim (orang selain Yahudi)
  • Menyuburkan perempuan-perempuan Yahaudi menjadi peridi

Program Ketujuh

Program ketujuh dinamakan protokol. Dalam istilah Freemasonry, protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam Suhyuniah (zionisme) yang dimulai dengan pengantar protokol.

Isi protokol adalah tentang rencana Yahudi untuk menguasai dunia, diantaranya peghancuran ekonomi suatu negara, penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi. Dengan program protokol bangsa Yahudi dapat menjadi penguasa ekonomi dunia, pengatur Politikdan penerangan dunia.

Program Kedelapan

Program kedelapan ini disebut Gorgah, dalam istilah Freemasonry :

  • Untuk merusak para pemimpin negara, ulama dan partai, mereka harus dijerumuskan dalam pasar seks dengan seribu satu jalan. Pepatah Yahudi mengatakan ”jadikanlah perempuan cantik untuk alat suatu permainan siasat.”
  • Membuat jerat dan jala seks bagi seseorang yang terhormat. Jika namanya disiarkan sehingga kehormatanya jatuh.
  • Menyebarkan agen Kasisah, yaitu intel Fremasonry untuk menghancurkan martabat lawan ditempat-tempoat maksiat
  • Mendirikan gedung perjudian terbesar dan modern.
  • Melemahkan pasukan lawan dengan perempuan dan obat khusus

Program Kesembilan

Program kesembilan dinamakan Plotisme yaitu:

  • Mendidk alim ulama dalam Plotis yang pahamnya terapung ambang.
  • Alim ulama plotis itu disebarkansebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan lembaga-lembaga Islam.
  • Alim ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormatan Freemasoonry.

Program Kesepuluh

Program kesepuluh ini dinamakan Qornun, dalam istilah Freemasonry :

  • Orang-orang yang terpilih yang berbahaya bagi Freemasonry didukung agar menjadi kaya sehingga bergelimang harta, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan Freeemasonry
  • Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama dalam hal berniaga, bertani, dan sebgainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan
  • Lawan-lawan Freemasonry agar terjerat riba dan bank Freeamsonry
  • Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar para pejabat bank diluar bank Yahudi melakukan korupsi sehingga bank tersebut hancur dan kelak bank itu dibantu oleh bank Freemasonry dengan ikatan yang kuat. Bank itu akan bersiri kembalio dengan tujuh puluh lima persen modal Yahudi. Kemuidan pemimpin bank dan karyawan tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi anggotanya.

Dari data-data tersebut kita lihat bahwa begitu mendunianya program-program Freemasonry, dan Allah SWT telah memperingatkan ini dalam QS 8:72 bahwa mereka saling bahu membahu dan menjadi pelindung satu dengan lainya, dan pada lafadz “illa taf’aluuhu” Allah SWT memerintahkan kita untuk mengadakan upaya program tandingan Tansiq yaitu penyatuan hati umat islam. Dalam hal ini Ulama Islam sebagai pemegang amanah Para Rosul harus mulai bersatu untuk memimpin dan membangun Program tandingan yang mendunia yang insya Allah pasti akan menghancurkan program-program mereka. (lpwsumsel.majelismujahidin.or.id)

8 Iktibar Selepas 8 Tahun Syahidnya Sheikh Ahmad Yaasin

Oleh: ustaznik

sheikh ahmad yaasinHari ini (22 Mac 2004) genap 8 tahun perginya Sheikh Ahmad Yaasin sebagai seorang syahid. Secara ringkas, kita mengambil 8 iktibar dari kesyahidannya:
1. Kematian adalah satu kemestian. Semua yang hidup akan mati. Kubur sebagai tempat persinggahan dan laluan ke akhirat adalah pasti. Soalnya, mati itu bagaimana?

Ada yang mati sebagai pemimpin zalim yang dibenci. Ada yang mati sebagai selebriti yang ditangisi tetapi hakikatnya ia menangisi dirinya sendiri. Ada yang mati sebagai hamba Allah yang sejati. Dan ada yang syahid, rohnya riang gembira di syurga walaupun jasadnya berderai merata dan darahnya memenuhi bumi. Assyahid Sheikh Ahmad Yaasin meninggal hari Isnin dalam keadaan berpuasa, awal subuh dinihari.

2. Jika Allah menyayangi anda, Allah akan memberikan husnulkhatimah buat anda. Tiada kesudahan paling baik melainkan mati syahid. Kurang sedikit, mati dalam situasi taatkan Allah secara umum.

3. Kasih sebenar Sheikh Ahmad Yaasin adalah kepada Allah, NabiNya dan Islam. Allah menjadikan kematiannya sebagai suatu yang besar. Lebih 200 ribu mengiringi jenazahnya. Umat Islam seluruh dunia bercerita tentang kematiannya. Majlis Keselamatan PBB mengutuk pembunuhannya. Kerajaan Arab juga demikian. Eropah juga tidak berkecuali bercakap mengenainya. Sheikh Ahmad Yaasin bukannya menteri, tidak juga raja atau pembesar tetapi ketokohannya sebagai pemimpin Islam menjadikan kawan dan lawan memandang hebat kepadanya.

4. Permusuhan dan pertembungan kita dengan Yahudi yang memusuhi kita, regim Zionis dan semua proksi mereka adalah berterusan sekalipun pelbagai perjanjian ditandatangani, pelbagai persidangan dan seminar dilihat di tv dan pelbagai kata manis dari Amerika dan Eropah dijanji.

5. Sekalipun umat Islam lemah, hanya melihat pemimpin gerakan Islam mereka dibunuh, atau hanya mampu berdemonstrasi menyatakan kebencian kepada musuh, namun untuk menyerah kalah, menggadaikan prinsip perjuangan, mengiakan segala perjanjian zalim dengan regim yang zalim tidak sekali.

6. Untuk menggerakkan ummah, tidak perlu kelayakan akademik yang tinggi-PhD, MA, BA atau jawatan-jawatan yang hebat. Bacalah kelayakan akademik As-syahid Sheikh Ahmad Yaasin yang sederhana sahaja.

7. Peranan musuh dalam selimut sangat bahaya. Tidak mungkin Sheikh Ahmad Yaasin boleh dibunuh sedemikian rupa seperti pemimpin Palestin yang lain, kalau tidak dengan kerjasama dan maklumat dari ‘orang dalam’ atau dari kalangan munafiq dalam masyarakat Islam itu sendiri.

8. Perjuangan Islam tidak terhenti dengan syahid dan matinya pemimpin. Rasulullah SAW wafat, para sahabat meninggal, para ulama dan pejuang Islam terdahulu telah menunaikan janji masing-masing dengan Allah. Nabi SAW memberi khabar gembira dengan adanya umat ini yang terus melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sehingga berlaku antara 2 ketentuan-menang atau syahid.

Kesenian pintu gerbang dan simbol tamadun

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH

SEBANYAK 13 koleksi pintu gerbang menjadi daya tarikan terbaru kepada pengunjung pada Pameran Pintu Gerbang di Muzium Negara Kuala Lumpur.

BUKAN gayanya yang menarik perhatian. Tetapi pandangan matanya yang begitu fokus dan tumpuan yang diberikan wanita Mat Salleh ini terhadap apa ynag saksikannya menarik perhatian.

“Saya kagum, hasil seninya sangat indah, ini bukan sebarang ukiran,” ujar Veta Shapkina, 30, berasal dari Moscow Rusia dalam bahasa Inggeris yang fasih.

Sambil mengusap-usap kehalusan sebidang besar ukiran kayu bertinta emas, Veta tidak ragu-ragu menyatakan bahawa mungkin dia akan memilih Malaysia sebagai negara baru untuk didiami jika benarlah negara ini begitu kaya dengan hasil seni yang sebegini indah.

“Anda pun tahu, sejak Soviet Union (Rusia) berpecah saya seperti kehilangan negara saya sendiri, yang tinggal hanyalah saya seorang yang berbangsa Rusia tetapi kemungkinan besar saya harus memilih sebuah negara baru untuk saya diami dan sehingga kini hati saya kuat untuk memilih Malaysia.

“Negara anda mempunyai banyak keindahan tersendiri, terutama hasil seni seperti ini bererti anda mempunyai pelbagai amalan budaya yang unik dan walaupun ukiran ini berunsurkan Islam (tulisan khat ayat-ayat suci Al Quran) tetapi ia membuatkan saya ingin meneroka dengan lebih jauh akan maksud di sebaliknya,” katanya.

Veta ditemui di balai Pameran Pintu Gerbang yang akan berlangsung selama sebulan mulai esok, 17 Mac di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Suatu pameran yang tidak harus dilepaskan kerana dengan mengunjungi Pameran Pintu Gerbang ia bagaikan melangkah masuk dari pintu gerbang yang akan membawa kita kembali mengenali budaya bangsa.

Sebanyak 13 koleksi pintu gerbang dipamerkan dengan sembilan daripadanya adalah koleksi kaum Melayu khususnya dari Kelantan. Tiga lagi koleksi kaum Cina dan sebuah lagi adalah pintu gerbang dari Keraton (Istana) Jawa, Indonesia.

Rata-rata apa yang bakal anda saksikan adalah tidak sekadar daun-daun pintu bersaiz besar, tetapi terdapat di sebaliknya adalah catatan sejarah dan pengaruh budaya bangsa yang menjadi satu simbol tamadun dan kekuasaan yang pernah kita miliki.

Jika anda membayangkan sebuah struktur pintu gerbang yang menjadi satu pintu masuk sebuah kota yang besar dan pernah wujud di negara ini maka sejarah mencatatkan sebagaimana tertulis dalam Hikayat Sulalatus Salatin, pintu gerbang atau pintu kota mula digunakan sejak zaman kerajaan Gangga Negara yang terletak di Bruas Perak.

“…Maka segala rakyat Raja Suran pun datanglah mengepung Kota Gangga Negara maka dilawan berperanglah orang di atas kota itu. Maka beberapa ditikam dan dipanah orang dari atas kota, tiada diendahkannya maka tampil juga ia menghampiri pintu Kota Gangga Negara dipalunya dengan cokmarnya, maka pintu Kota Gangga Negara pun robohlah. Maka Raja Suran masuklah ke dalam Kota Gangga Negara dengan segala hulubalangnya…”

Maka sudah tentu, kesan peninggalan struktur pintu gerbang Kota Gangga Negara itu sudah tiada lagi. Tetapi sejak itu terutamanya hampir setiap kerajaan Melayu lama di seluruh Nusantara, mula ditandai kekuasaan yang mereka miliki dengan kehebatan binaan kota, kubu dan pintu gerbang yang antara lain bagi menghalang serbuan dan serangan dari pihak-pihak musuh.

Ini bermakna bagi kerajaan Melayu, pintu gerbang merupakan pintu keselamatan untuk sesebuah istana yang kekuatannya dilihat dari aspek bahan binaannya dan keindahan dari aspek motif dan hiasan.

Tatkala Laksamana Melayu tersohor Hang Tuah misalnya dalam hikayatnya ada menyebutkan pengalaman ketika melawat Kota Patani di selatan Siam:

Maka Laksamana pun turun ke sampan menuju Patani. Setelah datang ke pantai, maka Laksamana pun naik ke darat lalu ke bandar. Maka dilihatnya Kota Patani itu. Maka Laksamana pun memuji-muji akan kedudukan negeri itu, sukar dialahkan oleh musuh. Adapun muka pintu gerbangnya itu, kepala naga matahari hidup, ekornya matahari mati.”

Sehingga tiba pada zaman kejatuhan kerajaan Melayu Melaka tahun 1511, bukan sahaja telah roboh Kota Melaka tetapi telah digantikan dengan Kota Portugis A Famosa dengan pintu gerbang batu yang sering dikunjungi pelawat sehingga hari ini.

Dengan membawakan fakta sedih di sebalik pintu gerbang itu, ia merupakan batu-batu laterit yang diambil dari binaan masjid yang sengaja diruntuhkan bahkan juga batu-batu dari makam atau kubur milik orang Islam dari kerajaan Melayu Melaka.

Begitupun banyak lagi yang harus dipelajari dari setiap binaan pintu gerbang sekalipun ia menjadi satu mercu tanda sesebuah istana, mahligai, rumah-rumah bangsawan sehinggalah kepada candi-candi dan terutama sekali pintu masuk ke masjid-masjid.

Sehingga hari ini pun, jika kita melalui Lebuh Raya Persekutuan pastinya akan ada satu pintu gerbang batu, iaitu Kota Darul Ehsan sebagai tanda kita telah memasuki sempadan yang memisahkan antara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor

Pengaruh gerbang dalam masyarakat

oleh SITI AINIZA KAMSARI
gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH
Diperbuat daripada kayu, pintu gerbang di sebuah madrasah di Jerteh Terengganu ini penuh dengan nilai-nilai ukiran yang sangat indah dan menarik perhatian.

KESEMUA pintu gerbang dicabut atau ‘dileraikan’ satu persatu dan disusun dalam bentuk kepingan sebelum dibawa ke Muzium Negara di Kuala Lumpur). Apabila tiba ia dipasang semula dan didirikan dengan teguh untuk tatapan para pengunjung pada Pameran Pintu Gerbang,” kata Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail.

Pasti umpamanya bermain jigsaw puzzle untuk memasang semula setiap pintu gerbang yang setiap satu mungkin melibatkan lebih dari 10 struktur penting.

“Tidaklah terlalu sukar kerana semua bahagian yang hendak dipasang semula itu telah ditandakan. Cuma mungkin mengambil sedikit masa bagi memastikan pintu gerbang itu benar-benar teguh dan kukuh berdiri,” katanya ketuka ditemui baru-baru ini.

Tetapi di situlah terletaknya keunikan dalam seni pembuatan pintu gerbang yang boleh dibawa ke mana sahaja dengan mudah tanpa memerlukan membawa seluruh struktur pintu gerbang itu.

Menggunakan teknik pasak tanpa sebatang paku menyerlahkan kehebatan tukang pintu gerbang di samping kepakaran mereka memilih jenis dan kualiti kayu-kayu untuk dibuat daun-daun pintu.

“Sangat menghairankan jika kita melihat kayu-kayu pintu pagar gerbang yang dipamerkan ini, masih utuh dan cantik sehingga sekarang walaupun ‘usia’ mereka telah dimamah masa dan zaman. Sedangkan kita tahu bahawa kayu yang dibuat untuk sebarang pembinaan merupakan makanan utama anai-anai,” kata Ibrahim.

Dengan menggunakan teknik ukiran tebuk timbul tentunya elemen yang menjadi daya tarikan adalah motif-motif ukiran itu sendiri.

Tetapi tahukah anda, seni ukiran Melayu tidak dapat dipisahkan dari motif-motif dari pengaruh zaman pra-Islam. Atau lebih tepat, unsur-unsur Hindu selain dari aspek bentuk pintu gerbang kononnya merupakan metafora kepada anatomi atau bentuk badan manusia, dari hujung kepala sehingga ke kaki memberikan satu falsafah yang unik lagi tersendiri.

Iaitu secara prinsipnya bentuk seorang manusia yang sedang berdiri tegak seolah-olah pelindung seperti pengawal yang mengawal di hadapan rumah.

Motif seperti gunungan, Kala dan buah Buton atau stupa yang pada asalnya diambil dari agama Hindu melalui pelbagai evolusi dan pembaharuan agar ia masih diterima pakai dan lebih bersifat kemelayuan dan diterima oleh Islam.

“Tidak semua unsur Hindu dibuang terus tetapi motif Kala misalnya, adalah dari sejenis makhluk yang derhaka, yang diperintahkan oleh Dewa Siva untuk memakan dirinya sebagai hukuman.

“Persamaan wajahnya dengan kepala terpenggal, mata yang terjojol, hidung seperti singa dan mulut yang ternganga telah diberi nafas baru dengan kini merupakan diukir sebagai sekuntum bunga yang sedang mekar,” kata Ibrahim.

Begitu juga dengan motif Gunungan yang dalam mitologi Hindu, ia merupakan Gunung Meru yang menjadi tempat kediaman dewa dewi tetapi kini menjadi pilihan rekaan yang berbentuk pyramid yang lebar di dasarnya, menjulang ke puncak yang lazimnya menghiasi bahagian atas pintu gerbang.

Menurut Ibrahim, pameran itu mengajak pengunjung supaya menghargai setiap hasil kesenian bangsa yang dibuat dengan penuh ketelitian dan melibatkan satu ilmu yang begitu kompleks.

“Mereka tidak sekadar mengukir begitu sahaja tetapi melibatkan perkiraan atau matematik bagi menentukan keseimbangan dan kedudukan setiap unsur yang dipahat dan diukir itu.

“Ini tidak mudah dilakukan jika tidak melibatkan satu ilmu dan hasilnya ia begitu dikagumi dan sehingga kini tidak lekang dek panas tidak lapuk dek hujan,” kata Ibrahim.

Dari aspek kenegaraan, pintu gerbang merupakan gambaran awal mengenai kekuatan dan kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah negara itu. Tetapi jika ia berhiaskan dengan segala macam motif Islam, maka ia melambangkan kekuatan Islam dan sekali gus menimbulkan rasa gerun di pihak lawan dan musuh.

“Ia tidak boleh hanya menjadi sebahagian struktur binaan sesebuah kota tetapi seperti Gerbang Kemenangan (Arch de Triomphe) dibina pada tahun 1806 di Kota Paris dibina bagi memberi penghormatan ke atas kejayaan para tentera di medan perang, yang mempertahankan Perancis dari pihak musuh.

“Ia boleh diberikan pelbagai makna disebalik pembinaan pintu gerbang ini tetapi secara amnya ia menjadi satu lambang dan symbol kekuatan yang dicapai oleh sesebuah tamadun bangsa.

“Namun meruntuhnya juga adalah mudah kerana ia tidak sekadar dari rempuhan kuat pihak musuh tetapi boleh juga berpunca dari musuh dalam selimut itu sendiri.

“Tidak kurang kisah-kisah si penderhaka yang sanggup mencuri kunci pintu gerbang bagi memberi laluan kepada musuh-musuh untuk menyerbu masuk dan menyerang, maka mudahlah negara itu akhirnya musnah dan tumbang,” katanya.