Allah SWT murka kebiadapan manusia


Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

BANYAK perkara yang kita lakukan dalam segenap kehidupan kita sebenarnya tidak mengikut etika sebhttp://mutiaraislam.files.wordpress.com/2010/04/sikap-ambila-tahu-dapat-membantu-atasi-gejala-sosial-1.jpg?w=400agai Muslim/Muslimah. Dalam apa jua tindakan kita, sama ada dari sudut pertuturan, perbuatan, tindakan, penampilan, gaya hidup, cara berkeluarga, berpendidikan, cara berfikir, boleh dikatakan kebanyakannya tidak menepati piawaian al- Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Justeru, dengan tidak kembali kepada dua sumber utama itu, maka muncullah pelbagai tindakan negatif yang terkadang-kadang terkeluar daripada piawaian dan etika keduadua sumber itu.

Masalah pembuangan bayi begitu berleluasa, tidak kurang juga perzinaan di kalangan umat Islam, gaya hidup yang kelihatan serupa seperti masyarakat Barat yang tidak mempunyai pegangan agama yang jelas, hingga turun nilai harga diri manusia setaraf seperti binatang yang tidak mempunyai akal fikiran.

Fenomena Muslim yang ingin berjaya dalam kancah hiburan keterlaluan, bagaikan menjadi satu matlamat hidupnya pada hari ini. Akal dan pemikirannya hanya fokus dan tertumpu untuk menjadi selebriti terkenal walaupun terpaksa menggadai sebahagian prinsip agama seperti meninggalkan solat, tidak berusaha untuk menambah baik bacaan al-Quran atau menghafal beberapa lafaz perkataan dalam solat dan banyak lagi.

Inilah yang menjadi pegangan dan kecenderungan Muslim yang ada pada hari ini, bukannya tidak ada mereka yang baik-baik yang menjadikan masjid/ surau tempat destinasi mereka, tetapi jika dihitung dan dibandingkan mereka yang tidak ke situ, adalah lebih ramai, inilah yang ditegaskan Allah dalam ayat 30 surah Qaf yang menunjukkan bahawa penghuni neraka lebih ramai daripada penghuni syurga yang maksudnya: “(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: “Adakah Engkau sudah penuh? “Ia menjawab: “Adakah lagi sebarang tambahan?” – maksudnya neraka bersedia untuk menerima penghuninya walaupun besar jumlahnya, ia menggambarkan bahawa neraka sanggup menerima jumlah penghuninya yang cukup ramai.

Di kalangan umat Islam hari ini, tidak mustahil mereka mudah ditimpakan pelbagai musibah berbentuk malapetaka akibat daripada perbuatan yang dibenci Allah itu, ia bertepatan dengan penegasan Rasulullah s.a.w. dalam hadis sohihnya daripada Abu Sa’id al-Khudri, baginda bersabda yang maksudnya: “Umatku ini adalah umat yang disayangi (dirahmati/disanjungi), sepatutnya mereka tidak akan diseksa pada hari akhirat (namun ada yang kena juga), akan tetapi mereka ditimpakan dahulu raptai-raptai azab semasa di dunia ini lagi, iaitu melalui fitnahfitnah, gempa-gempa bumi (dan segala bencana alam seperti rebut taufan, banjir kilat), pembunuhan (termasuk kematian yang pelik-pelik) dan bala-bala.”

Kesalahan yang patut terima hukuman Sesungguhnya bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka, bezanya umat nabi-nabi terdahulu dikirimkan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Nabi Muhammad, isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala itu dapat dikesan oleh mereka yang kuat berpegang kepada agama dengan pelbagai kaedah, pendekatan dan bentuk tertentu.

Ini menandakan bahawa Allah SWT amat sayang kepada kita hingga menzahirkan isyarat atau tanda agar kita segera mengingati-Nya, boleh juga disifatkan diri kita sebagai umat emas yang amat disayangi di sisi Allah, cuma umat ini sahaja yang tidak mengenal erti kasih sayang Allah.

Jelas di sini bahawa kesalahan umat terdahulu hingga ditimpakan pelbagai bentuk bala daripada Allah, kerana melakukan perkara-perkara yang becanggah dengan ajaran nabi-nabi mereka, tetapi kita perlu ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirim bala kepada kita serupa dengan apa yang pernah berlaku di zaman lampau dan juga mampu mengirim bala yang tidak pernah berlaku ketika itu.

Ini dapat kita lihat pada hari ini seperti penyakit HIV, H5N1 selesema burung yang menggerunkan banyak pihak, penyakit kaki, tangan dan mulut dan macam-macam lagi, ia dikirimkan sebagai tanda marah Allah dengan segala bentuk kejahatan dan maksiat, namun dengan rahmat dan kasih Allah dikhabarkan kepada kita tanda-tanda kemarahan-Nya supaya kita segera membuat perubahan dan kembali ke pangkal jalan.

Sepatutnya sebagai umat Nabi Muhammad kita berjaya meluluskan diri daripada bala-bala yang disebutkan di atas, tetapi kenapa berlaku juga?

Ia merupakan satu persoalan yang patut segera mencari jawapannya, ini tidak lain kalau tidak kita melakukan perkara yang menyanggah tuntutan agama, terdapat selain kita yang sanggup menggadai maruah agama.

Mari kita selidik secara halus tindakan manusia hari ini yang mengundang bala daripada Allah, program hiburan keterlaluan walaupun telah disanggah dan diingatkan oleh golongan ulama khususnya para mufti seperti Jom Heboh, Mentor musim keenam, Akademi Fantasia musim kesembilan, kesepuluh dan banyak lagi.

Faktor atau punca berlaku bala Dalam kesempatan ini, forum agama cuba menyelongkar pendekatan daripada hadishadis Sohih Nabi Muhammad s.a.w sejak 14 abad yang lalu yang menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat baginda:

1. Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

2. Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.

3. Muncul golong antihadis (yang tidak dibendung).

4. Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.

5. Terlampau mewah.

6. Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).

7. Tipu menipu dalam perkara dunia.

8. Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh dimaafkan).

9. Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka.

10. Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam sendiri.

11. Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.

12. Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang yang jahat semakin ramai.

13. Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.

14. Riba wujud di mana-mana.

15. Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.

16. Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.

17. Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.

18. Ibu melahirkan tuannya.

19. Bangunan pencakar langit.

20. Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama tapi fasiq.

21. Orang yang berpegang dengan Islam bagai menggenggam bara api.

22. Berlaku peperangan demi peperangan.

23. Masa akan menjadi singkat.

24. Muncul galian-galian bumi.

25. Ujian yang dahsyat terhadap iman.

26. Peperangan di kawasan sungai Furat kerana merebut kekayaan.

27. Ketiadaan iman untuk bersolat jemaah.

28. Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah.

29. Bermegah-megah dengah keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama.

30. Menggadai agama kerana dunia.

31. Pelaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.

32. Harta negara bertukar tangan di kalangan pemimpin.

33. Sesuatu amanah dianggap sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan.

34. Bayaran zakat dianggap sebagai denda/saman.

35. Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.

36. Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu mereka.

37. Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bagi kepada kawan dan rakan.

38. Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak-anak mereka sendiri.

39. Berlaku pertengkaran dalam masjid.

40. Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.

41. Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.

42. Apabila minuman keras tersebar luas.

43. Ramai golongan lelaki yang memakai sutera.

44. Artis-artis wanita diagung-agungkan.

45. Alat-alat muzik diguna-pakai (sebagai mata pencarian).

46. Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu.

Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahayabahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: