Solat beza antara Muslim, kafir


Bersama Ustaz Zahazan

SOLAT adalah amal atau perkara pertama akan dihitung pada Hari Kiamat.

Isteri berperanan jaga keharmonian, ketertiban rumah tangga

BAGAIMANAKAH pandangan Islam mengenai seorang isteri yang suka memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan suami di hadapan keluarganya. Bukan itu saja, isteri saya memberi layanan yang buruk kepada saya dan membuka tudung di hadapan orang lain. Soalan kedua, apakah pandangan Islam tentang isteri yang suka meninggalkan sembahyang walaupun sudah berkali-kali disuruh? Harap dapat penjelasan.

MAN.

PERLU diketahui bahawa seorang isteri tidak boleh menceritakan aib suaminya meskipun kepada keluarganya kerana sepatutnya ia menjaga keharmonian dan keamanan serta ketertiban rumah tangga seperti yang digambarkan dalam firman-Nya dalam surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: “..maka perempuan-perempuan yang solehah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada..”

Seorang isteri yang baik sepatutnya memelihara rumah dan segala isinya seperti yang digambarkan Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Seorang perempuan menjadi pemimpin kepada rumah suaminya dan dia bertanggungjawab atas ketertibannya.”

Seorang isteri sekali-kali tidak boleh memburuk-burukkan suaminya di hadapan keluarga, lebih-lebih lagi kepada orang lain. Begitu juga seorang isteri tidak boleh melayan suaminya dengan layanan yang tidak baik atau akhlak yang buruk serta merendah-rendahkan suaminya. Bagi seorang isteri suami ialah pintu syurga kerana reda Allah terletak pada reda suaminya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seandainya aku mempunyai kekuasaan untuk memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada seseorang, nescaya akan aku perintahkan wanita bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak dan tanggungjawab yang dibebankan Allah kepadanya.” Hadis ini riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a.

Bagi seorang isteri, suami boleh menjadi syurga dan boleh juga menjadi neraka. Jika seorang wanita yang menjaga perintah Allah dan perintah suaminya (yang baik), maka dia akan masuk syurga seperti hadis riwayat at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Jika sebaliknya dia (si isteri) menentang suaminya, maka dia akan dimasukkan dalam neraka.”

Rasulullah SAW bersabda lagi dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari yang bermaksud: “Jika seorang wanita menolak ajakan suami, maka malaikat akan melaknatinya sehingga suami reda.”

Bagi seorang wanita yang sudah baligh (dewasa), hendaklah menjaga auratnya dan tidak boleh membuka aurat di hadapan orang lain. Hal ini seperti yang digambarkan oleh Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Untuk soalan kedua, bagi seorang Muslim atau Muslimat yang sejati, dia tidak akan meninggalkan solat walau bagaimana keadaan sekalipun. Demikian juga bagi seorang isteri kerana kewajipan solat sudah ditekankan Allah dalam firman-Nya. Allah juga melarang hamba-Nya untuk meninggalkannya kerana solat ialah tiang agama serta menjadi Rukun Islam yang kedua sesudah mengucap dua kalimah syahadah. Solat juga amal atau perkara pertama akan dihitung pada hari kiamat serta ia juga pembeza antara seorang Muslim dengan orang kafir. Dalam hal ini Allah SWt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat”.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam surah Maryam ayat 59 yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.”

Dalam surah al-Muddassir ayat 42 dan 43 yang bermaksud: “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: Kami dulu tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam at-Tirmizi, daripada Abdullah bin Buraidah, daripada ayahnya dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Perjanjian antara kami dan mereka ialah solat. Sesiapa yang meninggalkannya (tidak mengerjakannya), maka sesungguhnya ia telah kafir.”

Solat adalah perintah yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu yang mukallaf. Kewajipan ini diperintahkan tanpa melalui perantaraan Jibril dan ia berbeza dengan ibadah lain yang diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kewajipan ini tidak akan gugur selama seorang Muslim itu berakal kecuali jika akalnya hilang disebabkan gila, pengsan, tua bangka dan sebagainya. Demikianlah, wallahualam.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by hidayah on 28 Januari 2012 at 3:59 pm

    assalammualaikum.. saya ingin bertanya tentang satu situasi ini…. harap persoalan saya ini dapat dirungkaikan.

    ibu saya suka memburuk-burukkan dan memfitnah saya dan anak2nya yang lain..
    jika kami adik beradik menegur akan perbuatannya itu.., dia akan salahkan kami 100% dan menggelar kami anak derhaka. walaupun kami menegurnya dengan nada yang sopan.

    walaupun ibu saya suka memburuk-burukkan saya dan adik-beradik. saya tetap melakukan tanggungjawab saya sebagai anak. bila ayah saya pulang bekerja.. saya akan memasak., dan ibu pula memarahi saya kerana ibu menganggap saya ingin merampas suaminya. walhal itu adalah ayah kandung saya. selepas kejadian itu. ibu saya tanpa segan silu memberitahu rakan-rakan dan jiran-jiran sekeliling tentang saya ingin mengurat ayah saya. saya berasa kesal dengan tindakan ibu.

    jika menegur tindakan ibu, adakah saya ini anak derhaka ?

    Balas

    • Posted by Kei on 1 Julai 2012 at 8:11 pm

      wajar menegur dan nasihat ibu kamu itu, ia tidak derhaka. derhaka bila apabila ibu menyuruh pekara yang baik dan anaknya tidak laksanakannya, maka ia dipanggil anak derhaka. kalau ibu menyuruh pada kejahatan dan kita tidak melakukanya, ia tidak dipanggil anak derhaka. wallahualam

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: