Pengenalan ringkas Bani Tamim


Oleh: MERONG

Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim
Hadith Nabi SAW :
” Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman”

Sabda Nabi SAW:
” Bani Tamim merupakan golongan dari umatku yang amat memusuhi Dajjal “

Imam Al-Qurthubi ketika menghuraikan hadith di atas mengatakan bahawa;
” Berdasarkan hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka sehinggalah kehari kiamat, bahkan Bani Tamim di akhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya”.

Hadith Nabi SAW:
” Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga melalul jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim “.

Hadith Nabi SAW juga menyebutkan:
“Bani Tamim merupakan suku bangsa arab yang paling fasih berbahasa arab berbanding suku arab yang lain “.

lmam lbnu Hajar pula menjelaskan tentang ciri utama bagi Bani Tamim yaitu:
“Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahiliah hingga zaman Islam sentiasa berlaku penguasaan kelompok Bani Tamim dalam pemerintahan disamping mereka juga merupakan golongan atasan dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan”

Rasulullah SAW ketika menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan:
“Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu yang baik-baik sahaja “.

Sabda Nabi SAW:
” Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari kaum kami”

Hadith dan selainnya yang mengakui Bani Tamim sebagai sabahagian dari kaum Baginda SAW merupakan satu pengiktirafan terhadap suku pilihan ini.

lmam At-Tabrani menyatakan:
“Bani Tamim terkenal tetap pendirian, berjiwa besar, jelas cita-cita, amat memusuhi Dajal di akhir zaman, cukup tahan menghadapi apa saja halangan. Bani Tamim tidak akan tergugat dengan sebarang halangan, ancaman dan penentangan dari mana-mana pihak yang mahu memudharatkan perjuangan mereka”.

Asal Keturunan Bani Tamim

1. Pilihan Tuhan dari kalangan hambanya

Hadith Rasul SAW yang bererti:
” Sesungguhnya Allah Tabaraka Wataala telah menciptakan langit lalu dipilihNya untuk diletakkan di bahagian yang tinggi. Di situlah Tuhan memilih pula sebahagian makhlukNya sebagai penghuni, Kemudian Allah menjadikan makhluk-makhluk (di atas muka bumi) lalu dipilihnya Bani Adam (manusia-sebagai khalifah), kemudian Tuhan memilih daripada Bangsa Arab itu Bani Mudhor sehingga akhirnya daripada Mudhor itulah Tuhan memilih suku Quraisy “.

2. Asal mereka dari pada anak cucu Mudhor

Imam Bukhori ketikamemperkatakan Nasab Rasululah SAW menyatakan:
Muhammad ibni Abdullah ibni Abdul Muthalib ibni Hasyim ibni Abdu Manaf ibni Qusoai ibni Kilab ibni Murrah ibni Ka’ab ibni Lu’aie ibni Ghalib ibni Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor ibni Nizar ibnl Ma’add ibni Adnan.

Suku Quraisy:
Dari pada Bani Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor.

Suku Tamim:
Dari pada Tamim ibni Mur ibni Udd ibni Thobikhah (Amru) ibni llyas ibni Mudhor.

3. Bani Tamim tunggak keturunan Arab

“Bani Tamim adalah dari pada keturunan Nabi Ismail dan Nabi lbrahim Alaihi mas salam”

lbnu Hazm menyatakan bahawa:
“Bani Tamim adalah sebuah Qabilah terbesar dalam qabilah arab dengan bilangan kaumnya yang ramai serta rangkaian sukunya yang luas sehlngga Bani Tamim dikatakan sebagai tunggak utama bagi bangsa arab keseluruhannya …. Bahkan mereka mula bertebaran keluar dari dunia arab sejak zaman awal Islam melalui penyertaan mereka yang ramai di dalam bala tentera Islam. Ramai yang digerakkan menuju ke kawasan Khurasan dan lain-lain kawasan penerokaan wllayah …. “.

BANI Tamim DIANGGAP KELUARGA OLEH RASULULLAH SAW.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Abbas RA. ketika turunnya ayat yang bererti:
“Dan (wahai Muhammad) mulakanlah memberi peringatan kepada kaum keluargamu yang terdekat “, lantas ketika itu Baginda SAW menyeru: ” wahal Bani Fihr, Wahai Bani ‘Adiey”, … memanggll kelompok asal umat arab yaitu termasuk di dalamnya Bani Tamim. ..”

Terdapat banyak riwayat hadith yang menunjukkan pengakuan Rasulullah saw. bahawa Bani Tamim adalah termasuk dalam kaum / suku kesayangan Baginda. Maksudnya : “Aku dan ‘Uthman bin ‘Affan pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. lalu kami bertanya : “Wahai Rasulullah. Anda telah memberi kepada Bani Abdul Mutallib dan anda meninggalkan kami, sedangkan kami dan mereka dengan Anda dalam satu kedudukan.” Maka sabda Nabi s.a.w. : “Adapun Bani Abdul Mutallib dan Bani Hashim sesuatu yang sama.” (Hadith riwayat al-Bukhari 2907, an-Nasa-i 4067)

Termasuk juga di dalam Ahl al-Bait itu Bani Hashim bin Abdul Manaf. Mereka ialah keluarga ‘Ali, keluarga ‘Abbas, keluarga Ja’far, keluarga ‘Uqail dan keluarga al-Harith bin Abdul Mutallib. Terdapat riwayat daripada Imam Ahmad bahawasanya ditanya kepada Zaid bin Arqam r.a. siapakah keluarga Nabi s.a.w. wahai Zaid ? Apakah bukan isteri-isteri baginda itu daripada keluarga baginda ?” Jawab Zaid : “Sesungguhnya isteri-isteri baginda sememangnya dari keluarga baginda, akan tetapi Ahl al-Bait baginda adalah sesiapa yang diharamkan sedekah selepas (kewafatan) baginda.” Ditanya kepadanya lagi : “Siapakah mereka itu ?” Jawab Zaid : “Mereka ialah keluarga ‘Ali, keluarga ‘Uqail, keluarga Ja’far dan keluarga ‘Abbas.” DItanya kepadanya : “Apakah semua mereka diharamkan daripada sedekah?” Jawab Zaid : “Ya !” (Riwayat Ahmad bil. 18464)”

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Posted by sn jn on 4 September 2012 at 1:21 am

    Ta itu mata, mim itu otak. Dari satu menjadi kelompok, kelompok menjadi kumpulan besar( bani).
    Bani tamin itu, satu kelompok besar dari suatu bangsa yang melihat dengan mata, dan memikir dengan otak.
    Melayu itu islam sejak raja parasmewara memeluk islam. Islam itu telah memuliakan bangsa melayu dipandangan orang arab. Sampaikan orang arab dimekah boleh berbahasa melayu.
    Dari melayu wujud pelbagai kelompok. Sebahagian besarnya itu buta dan berfikir dengan nafsu. Sebahagian kecilnya berfikir
    dengan tamim.
    Saya dapati tuan banyak mengikuti hadis yang memihak pada bangsa arab,

    Balas

  2. Posted by sn jn on 4 September 2012 at 1:28 am

    Hadis mesti diserta perawinya. Perawi mesti dari sumber sahih. Hadis yang tiada perawi sahih akan mengelirukan. Itu sebab kisah tuan mengelirukan. Minta tuan selidik semula.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: