Hukum niat dalam solat


Dijawab oleh Ustaz Zahazan

Soalan: ADA orang berkata bahawa niat dalam solat diucapkan sewaktu takbiratul ihram. Ada juga yang menyatakan bahawa niat diucapkan sebelum takbiratul ihram, mana yang betul.

Hamba Allah,

Kulim, Kedah.

Jawapan: Alhamdulillah wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d. Niat adalah membulatkan hati untuk melakukan ibadat guna mendekatkan diri kepada Allah semata-mata. Inilah hakikat niat dan padanya terkandung keikhlasan. Sebenarnya membulatkan hati atau berniat ini dapat juga dipenuhi walaupun tidak diucapkan. Niat tempatnya dihati.

Ulama bersepakat bahawa niat dalam solat hukumnya wajib berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud: “Padahal mereka tidak diperintah kecuali beribadah kepada Allah dalam keadaan ikhlas memurnikan ketaatan kepada-Nya..” (Ada juga memahami sabda Nabi ini dalam erti “sesungguhnya syarat kesempurnaan amal adalah adanya niat”).

Menurut Mazhab Hanafi dan Hambali serta pandangan majoriti ulama bermazhab Maliki, niat solat adalah syarat iaitu dalam pengertian ‘tidak termasuk sebahagian daripada solat’. Sementara itu, dalam Mazhab Syafie dan sebahagian ulama Mazhab Maliki menyebut bahawa niat solat wajib dipenuhi dalam solat iaitu pada awal solat. Kerana itu, mereka meletakkannya sebagai rukun. Mazhab Abu Hanifah mensyaratkan bersambungnya niat dengan takbiratul ihram.

Selain aktiviti berkenaan dengan solat, tidak boleh ada sesuatu pun yang memisahkan niat dengan takbir itu. Contohnya makan, minum dan sebagainya. Jika yang memisahkannya adalah amalan solat seperti berwuduk atau berjalan menuju masjid, maka niat solat yang dilakukan sebelum berwuduk dan pergi ke masjid itu masih berlaku dan orang yang bersangkutan itu dapat mengerjakan solat dengan mengucapkan takbir meskipun ketika itu dia tidak berniat lagi.

Di sini kita dapat lihat bahawa mazhab ini tidak mewajibkan niat bersama dengan takbir. Mereka beralasan bahawa menyatukan niat dengan takbir sesuatu yang menyukarkan. Sedangkan Allah SWT berfirman dalam surah al-Haj ayat 78 yang bermaksud: “… Dia (Allah) tidak menjadikan atas kamu dalam urusan agama sedikit pun kesukaran…” Mereka juga beralasan bahawa awal solat adalah sebahagian daripada solat. Mazhab Maliki mewajibkan orang yang solat untuk menghadirkan niatnya ketika saat takbiratul ihram atau sesaat singkat sebelumnya.

Sementara itu, ulama bermazhab Syafii mewajibkan niat bersama dengan aktiviti solat iaitu ketika takbiratul ihram. Sebab yang disebut dengan niat mestilah disertakan dengan aktiviti. Jika niat itu dihadirkan sebelum aktiviti, maka ia bukanlah niat tetapi azam atau tekad. Padahal yang dituntut adalah niat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: