Tahyul, khurafat di era moden


Oleh MOHD. RIDUAN KHAIRI

MENUDUH masyarakat Melayu sebagai bangsa yang kuat percaya kepada perkara tahyul dan khurafat adalah tidak adil. Realitinya kepercayaan kepada hantu dan perkara mistik wujud dalam semua masyarakat dan bangsa baik di Timur mahupun Barat.

Jika di alam Melayu ada toyol dan hantu raya. Di Eropah pula ada vampire dan drakula. Alam tamadun China dan India juga tidak sedikit diisi dengan kepercayaan kepada hantu, mistik dan alam ghaib.

Bahkan mungkin lebih banyak dari alam Melayu, sehinggakan ada perayaan khusus buat menghalau hantu.

Justeru bolehlah kita katakan, kepercayaan kepada hantu, tahyul dan khurafat wujud dalam semua masyarakat dan tamadun. Hanya sahaja orang Melayu lebih mengenali hantu-hantu Melayu seperti orang Cina lebih mengenali hantu-hantu Cina. Ini lumrah.

Tahyul, khurafat lawan sains dan teknologi

Semakin moden dan maju sesuatu bangsa dengan mesin dan teknologi, maka kepercayaan terhadap hal-hal tahyul dan khurafat ini semakin kurang. Benarkah begitu? Kenyataan ini ternyata hanya separuh benar.

Bukankah Barat yang dikatakan paling moden dan maju itu fobia dengan angka 13 sehinggakan lif-lif hotel dan bangunan tinggi enggan meletakkan aras 13 dan digantikan dengan 13A dan 13B. Juga bukankah bangsa Cina yang menguasai ekonomi dan pakar bisnes itu selalu melarikan diri dari menggunakan angka 4. Apakah kaitan akal yang waras dengan ketakutan pada angka-angka itu?

Sedangkan yang dikatakan sains dan teknologi itu bukanlah dikenal dan ditakrif oleh mesin-mesin ciptaan Amerika dan Eropah pada abad ke-20 sahaja.

Bukankah sekian banyak mesin, alat dan teknik dicipta sudah beribu-ribu tahun dahulu. Dan masih juga masyarakat terpengaruh dengan kepercayaan karut dan tahyul itu.

Bahkan dikatakan Plato pernah membuat draf pesawat kapal terbang, nun ribuan tahun dahulu pada zaman Yunani. Itu belum lagi dikutip ciptaan dan penemuan teknologi sarjana Islam. Ternyata masyarakat sudah moden dan maju ribuan tahun yang lalu.

Perlunya akidah yang benar dan sahih

Hakikatnya, kepercayaan tahyul dan khurafat ini berkait rapat dengan pemahaman terhadap ajaran akidah Islam. Akidah adalah set-set kepercayaan dalam diri manusia.

Ia menyusun keyakinan manusia terhadap tuhan dan alam ghaib. Alam ghaib meliputi alam barzakh atau alam roh. Hal-hal yang berlaku dan hal-hal yang akan datang juga termasuk dalam perkara-perkara ghaib.

Manusia sangat memerlukan akidah yang benar. Ia sebagaimana fasa Nabi Ibrahim mencari agama dari percaya kepada bulan, bintang, matahari hingga menemui Islam.

Begitu juga perjalanan sahabat Nabi bernama Salman al-Farisi mencari hidayah dari negara jauh Parsi hingga sampai ke kota Mekah.

Daripada menganut agama Majusi menyembah api, berpindah ke Kristian hinggalah menemui Nabi dan menganut Islam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: